Selasa, 17 Julai 2018

BN belajar jadi pembangkang

ISMA WEB

Tak semua janji dalam manifesto Pakatan Harapan mesti dipatuhi: Tun M

 

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) sedang belajar menjadi pembangkang, apabila bertindak keluar daripada dewan kerana membantah pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.

Sambil menyifatkan tindakan itu hanya sandiwara, beliau berkata, BN kini menggunakan cara yang sama seperti pembangkang dahulu.

“Mereka baru tahu. Tetapi mereka akan belajar. Dulu mereka complaint pasal orang lain… sekarang mereka guna cara sama yang dulu mereka fikir teruk,” katanya mengulas tindakan Ahli Parlimen pembangkang diketuai BN keluar dewan, pagi tadi.

Kejadian itu berlaku apabila pembangkang memboikot pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat, tetapi kemudian mereka masuk semula mengangkat sumpah wakil rakyat di hadapan Mohamad Ariff.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, tidak semua janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu perlu diikuti.

“Atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan Bible, ia hanya panduan,” katanya mengulas manifesto yang menyatakan Speaker Dewan Rakyat mestilah di kalangan Ahli Parlimen, sebaliknya Mohamad Ariff bukan wakil rakyat.


Tiada ulasan: