Sabtu, 22 Julai 2017

Wartawan MalaysiaGazette
Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan ketiadaan vaksin anti rabies di Sarawak seperti dilaporkan sebuah media semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, stok vaksin anti abies di Sarawak adalah mencukupi.

“KKM sememangnya sentiasa memastikan semua negeri menyimpan stok minima vaksin rabies pada setiap masa sebagai langkah kesiapsiagaan sekiranya diperlukan.

“Di Sarawak, Hospital Umum Sarawak menyimpan stok vaksin tersebut sebagai persediaan kemungkinan berlakunya jangkitan rabies. Untuk makluman, Sarawak merupakan negeri yang bebas rabies sehingga kes pertama disahkan pada 30 Jun 2017,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, berdasarkan Interim Guideline for Prevention and Control of Human Rabies in Malaysia, kes gigitan anjing kategori 2 dan 3 perlulah diperiksa dan dibuat penilaian oleh Pakar Perubatan bagi menentukan samada kes gigitan anjing mempunyai indikasi untuk divaksinasi atau sebaliknya.

Sejak 1 April 2017, terdapat 624 kes gigitan yang telah dikesan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 401 kes mempunyai indikasi untuk diberi vaksinasi, di mana 395 (98.5%) daripada mereka telahpun diberi suntikan vaksinasi manakala 6 lagi kes akan datang untuk mendapatkan suntikan vaksin dalam masa yang terdekat.

Selain itu, terdapat 115 kes yang sememangnya tidak memenuhi kriteria indikasi untuk diberi vaksinasi, manakala baki 108 kes pula telah dikesan pada hari semalam dan sedang diselaraskan bagi pemeriksaan dan penilaian oleh pakar sebelum boleh diberi vaksinasi, katanya.

Setakat ini, jumlah vaksin yang diperoleh sejak 1 Julai 2017 sehingga 21 Julai 2017 adalah sebanyak 2,043 vial manakala sebanyak 4,517 vial akan diterima pada awal Ogos 2017 menjadikan jumlah keseluruhan adalah 6,560 vial.

Bekalan stok sebanyak 6,560 itu adalah mencukupi untuk memberi rawatan kepada 1,640 kes gigitan anjing yang perlu divaksin (setiap kes adalah diberi 4 kali suntikan vaksin).

“Berdasarkan anggaran kes gigitan anjing sekarang, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak masih mempunyai simpanan stok vaksin rabies yang mencukupi.

“Sekiranya diperlukan vaksin tambahan dalam tempoh segera, vaksin boleh dimobilisasikan dari stok vaksin di Negeri-negeri lain di Malaysia,” katanya lagi.

Pihaknya juga memaklumkan tiada pertambahan kes baru dilaporkan.

Status terkini wabak rabies adalah lima (5) kes dalam kalangan manusia yang telah disahkan positif rabies di Serian Sarawak di mana empat (4) kes telah meninggal dunia dan satu (1) kes sedang dirawat di wad Hospital Umum Sarawak (SGH) dan kes itu diberi bantuan pernafasan dan berada dalam keadaan kritikal.

“Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan agar tidak panik dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar. KKM bersama JKN Sarawak terus mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dalam menangani wabak rabies, dan pada masa yang sama memastikan stok vaksin sentiasa mencukupi,” ujarnya.-MalaysiaGazette


Dua penilai hartanah FIC ditahan reman enam hari

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Polis menahan reman selama enam hari terhadap dua penilai hartanah yang disyaki terlibat kes manipulasi pembelian hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).
 
Perintah berkenaan dikeluarkan Mahkamah Majistret melalui Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua lelaki itu sehingga 27 Julai ini.
 
Kedua-dua suspek masing-masing merupakan pengarah sebuah syarikat perundingan aset berusia 45 tahun dan Ketua Unit Harta sebuah syarikat perkhidmatan pos berusia 36 tahun ditahan di pejabat SPRM pada pukul 1 petang semalam ketika hadir untuk memberi keterangan.
 
Akhbar sebelum ini melaporkan FIC yang merupakan entiti pelaburan diwujudkan Lembaga Ke­majuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 2013 telah membeli sebuah hotel empat bintang ber­nilai £60 juta (RM330 juta) di Kensington, London pada tahun 2014.
 
Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai telah memanipulasi harga hotel tersebut sehingga FIC telah membayar lebih membabitkan puluhan jutaan ringgit berbanding harga asal yang lebih rendah.
 
 

Khalil saran Tun Mahathir tanding kerusi Pekan

Oleh Athirah Hanapiah & Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
KOTA BAHRU: Jika Tun Dr Mahathir Mohamad mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu patut berbuat demikian di kerusi Parlimen Pekan, seloroh Ketua Pemuda PAS, Khalil Abdul Hadi.
 
"Kalau dia (Dr Mahathir) nak bertanding saya sarankan dia bertanding di Pekan. Alang-alang nak bertanding, bertanding di Pekan dengan Najib," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Dr Mahathir bertanding pada PRU14, jika terdesak.
 
Pun begitu ujar Dr Mahathir keadaan itu mungkin tidak akan berlaku berikutan terdapat ramai calon yang layak dalam PH.
 
Umum mengetahui Dr Mahathir kembali aktif selepas bersara daripada dunia politik untuk menjatuhkan Najib, berikutan perdana menteri itu enggan mengikut telunjuknya, tidak seperti penyandangnya yang terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
 
Khalil turut mengulas struktur baru PH yang menamakan Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula memegang jawatan Ketua Umum PH dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden PH.
 
"Saya pun tak pasti apa yang berlaku dalam PH, yang saya boleh sebut ini satu pakatan yang bercelaru, yang tidak tentu.
 
"Sebelum daripada ini mereka bersetuju untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua ataupun pengerusi tetapi sekarang ini Tun Mahathir pula, selepas ni kita tak tau siapa. Jadi bagi kita PAS soal kepimpinan negara kita tidak sibuk untuk menentukan siapakah dia," ujarnya lagi.
 
Pemimpin PH sebelum ini menafikan struktur baru gagasannya akan mewujudkan pemusatan kuasa antara Dr Mahathir, Wan Azizah serta Anwar, malah mereka tetap berpegang bahawa sebarang keputusan akan dibuat secara konsensus.
 
Mereka juga berpegang kepada jaminan Dr Mahathir bahawa taraf semua parti komponen dalam PH adalah sama rata dan semua keputusan akan dicapai secara konsensus. 


Penunggang motosikal maut dirempuh kereta lawan arus

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KEPALA BATAS: Seorang penunggang motosikal maut manakala beberapa yang lain cedera parah dalam nahas membabitkan kereta dipandu melawan arus di Kilometer 124.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, awal pagi tadi.
 
Memetik laporan BH Online, kejadian membabitkan lima kenderaan itu, sebuah kereta jenis Volkswagen didakwa dipandu melawan arus dari arah Sungai Dua ke Bertam sebelum bertembung dengan empat kenderaan lain termasuk sebuah motosikal kira-kira jam 2.40 pagi tadi.
 
 
Penunggang motosikal berkenaan dilaporkan tercampak sehingga ke pembahagi jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
 
 
Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
 
Jurucakap PLUS mengesahkan kejadian.
 
 

Pemilihan CEC: DAP tunggu RoS sebelum buat sebarang pengumuman

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP sedang menunggu Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menjawab surat yang dikemukakan parti itu berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
 
Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaannya Anthony Loke Siew Fook, RoS perlu terlebih dahulu memutuskan butirannya sebelum parti itu memberitahu mengenai tarikh pemilihan itu bakal diadakan.
 
"Kita perlu mendapatkan jawapan mereka. Mereka mesti meluluskan senarai nama perwakilan.
 
"Kami tidak boleh mengumumkan (tarikh) pemilihan semula kerana mereka telah menetapkan prasyarat mengenai pengesahan senarai tersebut.
 
"Sekarang bola di gelanggang ROS. Itulah sebabnya kita mahu mengadakan pertemuan dengan ROS untuk menjelaskan butiran tersebut," katanya yang dipetik Malaysiakini.
 
Semalam DAP bersedia untuk mengadakan pemilihan semula CEC tetapi 'dalam keadaan protes' (under protest).
 
Naib Pengerusinya, Teresa Kok berkata parti itu tiada pilihan melainkan menuruti arahan berkenaan, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.
 
Bagaimanapun Kok menegaskan, parti itu tetap mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu. 


'Saya yakin peserta Himpunan Pertahankan Islam malam ini melimpah keluar stadium' - Exco Kelantan

Oleh Zeanaaima Md Yusof & Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
KOTA BAHRU: Umat Islam seluruh negara diseru untuk menghadiri Himpunan Pertahankan Islam di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.
 
Exco Kelantan, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata umat Islam perlu datang beramai-ramai untuk menyatakan sokongan kepada usaha mempertahankan agama Islam yang mutakhir ini diserang daripada pelbagai sudut.
 
"Himpunan ini untuk menyatakan sokongan kepada umat Islam untuk melawan ancaman terhadap agama Islam di seluruh Rantau Asia, khususnya di Malaysia.
 
"Di Malaysia, umat Islam juga terima ancaman daripada segenap segi. Mutakhir ini, orang Islam dihalang daripada melaksanakan tuntutan agamanya sendiri," ujarnya kepada Antarapos.
 
Kerajaan negeri Kelantan sebelum ini menjadi sasaran kritikan pihak tertentu selepas DUNnya meluluskan pindaan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah II yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan secara terbuka.
 
Pindaan itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguatkuasa agama untuk menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan penggunaan video sebagai bahan bukti semasa perbicaraan.
 
Cadangan pindaan undang-undang itu telah diusulkan oleh Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang kemudiannya disokong sebulat suara oleh ahli DUN.
 
Umat Islam juga cuba dihalang daripada melaksanakan perundangan Islam diperingkat nasional, dengan mengganggu usaha memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
 
Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang dengan sengaja mencabar Islam perlu dihentikan dengan cara umat Islam harus bersatu dan menolak segala provokasi yang dilakukan.  
 
"Israel halang rakyat Palestin bersolat di Masjid Al-Aqsa. Orang Islam di negara ini pula dihalang daripada melaksanakan perundangan Islam. Sementara pemikir Islam dan golongan ulama kita diserang, dihina.
 
"Kita diancam dari banyak segi terbaru isu makanan iaitu campuran daging babi dan kambing yang pada saya dibuat secara sengaja. Walhal mereka tahu Islam mengharamkan babi. 
 
"Mereka sengaja mencabar umat Islam. Ada juga yang dengan sengaja anjurkan program sentuh anjing. Umat Islam mesti bersatu hati pertahankan Islam," ujar tegas.
 
Justeru, Che Abdullah menyeru semua umat Islam hadir ke Stadium SUltan Muhammad IV untuk menyokong serta menyatakan bantahan kepada usaha memburukkan nama Islam.
 
"Kita yakin, penyertaan umat Islam malam ini ramai dan InsyaAllah akan melimpah-ruah ke luar stadium," katanya lagi.
 
Kelantan selama tiga hari dipilih menjadi tuan rumah untuk menganjurkan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia).
 
 

Pesawat AirAsia ke India berpatah balik

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: AirAsia mengesahkan penerbangan AK37 ke Cochin, India dari Kuala Lumpur berpatah balik ke KLIA2 pada pagi tadi susulan masalah teknikal.
 
Pesawat berlepas dari Cochin pada pukul 6.25 pagi dan kembali ke lapangan terbang kira-kira dua jam kemudian.
 
Menurut AirAsia, pesawat itu mendarat dengan selamat, bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai isu teknikal yang dihadapi.
 
Difahamkan, penerbangan itu dijadualkan semula untuk berlepas pada pukul 3.45 petang.
 
"Buat masa ini, kebajikan semua penumpang mendapat  perhatian rapi AirAsia," katanya yang turut memohon maaf di atas kejadian itu.
 
 

PAS Kelantan serang Amanah secara psikologi, kata Che Ibrahim

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Kelantan kini melancarkan perang psikologi terhadap Amanah di negeri itu selepas tidak lagi mendapat sokongan rakyat, demikian dakwaan Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamad.
 
Merujuk kepada gertakan Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yussof baru-baru ini, Che Ibrahim mendedahkan hasil kajian sokongan terhadap PAS Kelantan yang digerakkan oleh kerajaan negeri itu sendiri menunjukkan parti berteraskan Islam itu semakin kurang penyokong dan pengaruh.
 
"Apa yang dibuat oleh PAS adalah terdesak. Saya difahamkan PAS telah melantik satu pihak untuk membuat kajian pilihan raya berkenaan prestasi PAS. Hampir kesemua kajian yang dibuat ini menampakkan PAS sudah berada diluar persaingan di Kelantan. 
 
"Bermakna persaingan di Kelantan hanya antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). PAS sudah jadi parti ketiga," katanya kepada Antarapos.
 
Baru-baru ini Wan Nik menggesa kesemua bekas wakil rakyat PAS di Kelantan tidak kembali bertanding di kawasan masing-masing sekiranya tidak mahu tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
Bekas wakil rakyat PAS yang kini bersama parti lain adalah ADUN Salor Datuk Husam Musa, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli.
 
Husam merupakan Naib Pengerusi Amanah manakala Hatta adalah Ketua Pengarah Pilihanraya Amanah Nasional dan Kamaruddin pula menyertai PKR.
 
Menurut Wan Nik, jika mereka kembali bertanding dimana-mana kawasan di Kelantan mereka akan berdepan laluan sukar.
 
Che Ibrahim menyanggah pandangan tersebut, sambil menegaskan PH telah membuat keputusan untuk bertanding di kesemua kerusi yang turut ditandingi PAS.
 
"Isu hendak bertanding akan diputuskan oleh parti itu sendiri. PAS tak perlu campur tangan dimana parti-parti gabungan PH kaan bertanding. Yang pasti kita akan bertanding semua kerusi di Kelantan.
 
"Sebanyak 45 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen di Kelantan kita putuskan untuk bertanding atas nama PH.
 
"Kita akan abaikan semua ugutan, cabaran mereka. Penentuan kerusi akan ditentukan oleh parti yang bertanding. Kita tak akan terpengaruh dengan ugutan parti-parti lain," tegasnya lagi.
 
Amanah Kelantan sebelum ini mendakwa rakyat negeri itu berpaling menyokong mereka setelah kecewa dengan pentadbiran PAS negeri itu.
 
 

Jumaat, 21 Julai 2017

Dr Mahathir mahu Apandi bersumpah junjung al-Quran

Berita Daily Staff

Apandi Ali kini dibelenggu dosa dengan berbohong dan cuba melindungi Najib berhubung perkara itu

KUALA LUMPUR: Peguam Negara Apandi Ali perlu mengangkat sumpah dengan menjunjung al-Quran di dalam masjid bagi membuktikan tiada laporan daripada siasatan pihak berkuasa mengatakan Perdana Menteri Najib Razak bersalah berhubung isu mellibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi miliknya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamad berkata, Apandi kini dibelenggu dosa dengan berbohong dan cuba melindungi Najib berhubung perkara itu.

“Ya, AG. (Pendakwa Raya) tidak perlu takut kepada saya. Ia perlu takut kepada Allah, tetapi yang jelas ia tidak takut kepada Allah.

“Jika benar tidak ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Najib, apa sebabnya laporan-laporan oleh Bank Negara, MACC (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Auditor General (Ketua Audit Negara) disembunyi dari orang ramai.

“Menyembunyi laporan dari orang ramai tentulah kerana kenyataan yang dibuat oleh Apandi tidak benar,” kata Dr Mahathir.

Memetik kenyataan di laman blog miliknya, www.chedet.cc, hari ini, bekas perdana menteri itu berkata, dengan menyembunyikan laporan siasatan pihak berkuasa, ia bermakna Apandi berbohong.

“Tuhan tahu Apandi cuba lindungi Najib daripada dihadapkan ke mahkamah setelah melakukan jenayah.

“Ini adalah suatu penipuan dan pemecahan amanah oleh seorang Pendakwa Raya. Perbuatan pecah amanah berdosa,” kata Dr Mahathir lagi.

Dr Mahathir mendakwa Apandi membuat banyak dosa dalam kes tersebut seperti dosa kerana membohong, dosa kerana melindungi perlakuan jenayah oleh Najib, dosa kerana menyatakan hanya takut kepada Allah sedangkan perbuatan, kenyataan dan pembohongannya menunjuk yang ia tidak takut buat dosa, tidak takut Allah.

“Tetapi Apandi boleh bersihkan dirinya dengan mengambil wuduk, menjunjung Al-Quran dan bersumpah dalam masjid bahawa tidak ada apa-apa dalam laporan-laporan yang diterima olehnya dari Bank Negara, MACC dan Auditor General yang menyatakan Najib bersalah berkenaan wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun banknya datang dari 1MDB dan penyerahan balik RM2.3 billion kepada seorang Arab Saudi adalah tidak benar.”

Beliau berkata, semasa bersumpah Apandi perlu disertai dengan beberapa imam masjid dan saksi lain supaya sumpahnya dan pengakuan niatnya tidak berbeza antara mulut yang menyebut dan hatinya.

“Dan dianya mengaku bahawa akan berdosalah ia jika sumpah yang dilafaz itu adalah pembohongan kepada makhluk dan dia akan terima balasan di akhirat dalam api neraka.”

DAP Guna Flatform Pakatan Rakyat Untuk Kuasai PAS – Ustaz Moktar Senik




Penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) telah dijadikan flatform oleh DAP untuk menguasai parti Islam itu, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.

Ustaz Mokhtar yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang menjelaskan usaha menguasai PAS bermula selepas tahun 2008 apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan rancangan PKR dan DAP mahu membeli 10 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional Di Sarawak bagi mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.


“Kalau berjaya beli 10 orang ini, Pakatan Rakyat pada masa itu (2008) akan memerintah Kerajaan Pusat. Dengan khabarnya, nak beli 10 orang ini dengan RM10 juta setiap seorang.

“Tok Guru Haji Hadi tanya sepatah, ‘kalau sekiranya 10 orang wakil rakyat dari BN masuk dalam PR, adakah ketika itu di Parlimen, Ahli Parlimen yang beragama Islam lebih ramai daripada Ahli Parlimen yang tidak beragama Islam’

“Apabila dikira didapati Wakil Rakyat yang bukan beragama Islam lebih ramai daripada yang beragama Islam, maka Tok Guru Haji Hadi kata ‘tak boleh !’.

“Presiden PAS tidak bersetuju (dengan rancangan itu). Sejak itu, mereka mengambil sikap memusuhi PAS,” dedah Ustaz Mokhtar.

Tambah beliau, sejak dari itu DAP khususnya telah melakukan tiga kaedah untuk melemahkan Presiden PAS dan menguasai parti Islam itu.

“Bila PAS dilihat oleh DAP sebagai bebanan dan penghalang kepada cita-cita mereka, lalu mereka gunakan langkah yang pertama.

“Langkah yang pertama ialah cuba kuasai PAS dan cuba tundukkan PAS di bawah kehendak DAP. Langkah pertama gagal sebab Tok Guru Haji Hadi jadi penghalangnya.”

Jelas Ustaz Mokhtar, DAP telah memfokuskan jawatan Presiden PAS sebagai langkah kedua untuk menguasai parti Islam itu.

“Langkah kedua, tukar Presiden PAS. DAP yang berada di luar PAS (telah) berkempen supaya ahli PAS tukar Presiden. Sebab tukar Presiden, Tok Guru Haji Hadi tak jadi Presiden, maka akan naik yang DAP nak, maka berjayalah dia menguasai PAS.

“Pada masa itu (PAS) bukan setakat jadi kuda, tetapi jadi lembu. DAP nak menglembukan PAS.

“Tapi malang dengan takdir Allah, pada Muktamar ke-61 di Kuala Selangor, bukan menyaksikan Presiden PAS yang tersingkir, tetapi menyaksikan mereka yang menjadi proksi DAP dalam PAS yang disingkir oleh perwakilan.”



Jelas Ustaz Mokhtar lagi, selepas DAP gagal melaksanakan kedua-dua langkah itu, maka langkah terakhir dilakukan dengan menubuhkan parti baharu bagi melawan PAS.

“Langkah ketiga ialah, orang yang berfikiran DAP (dalam PAS) hendaklah keluar daripada PAS dan tubuh sebuah parti, lawan PAS semula.

“Maka itu dinamakan PAN. Sebab itu kalau kita undi PAN, sama seperti kita undi DAP.”


DAP tetap perlu adakan pemilihan semula, tegas RoS

Berita Daily Staff

Ketua Pengarah RoS, Mohammad Razin Abdullah berkata, jabatan itu juga hanya akan mengadakan perjumpaan dengan DAP sekiranya ada permohonan secara rasmi.

KUALA LUMPUR: Pendaftar Pertubuhan (RoS) menegaskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Ketua Pengarah RoS, Mohammad Razin Abdullah berkata, jabatan itu juga hanya akan mengadakan perjumpaan dengan DAP sekiranya ada permohonan secara rasmi.

“ROS tidak berganjak dengan keputusan supaya DAP mengadakan semula pemilihan semula CEC.
“Sekiranya pihak DAP memerlukan sebarang penjelasan daripada RoS, ia hendaklah dikemukakan secara bertulis,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu sidang media semalam bahawa parti itu akan menangguhkan pemilihan semula CEC.

Guan Eng berkata, pihaknya mahu RoS menjelaskan arahan yang didakwa parti itu sebagai palsu dan tidak berasas.

“DAP akan berusaha untuk berjumpa dengan RoS. Sebelum ini usaha untuk mengadakan perjumpaan dengan RoS tidak berjaya.

“Jadi, DAP berharap RoS akan membenarkan satu perjumpaan bagi menjelaskan dan membincangkan langkah seterusnya,” katanya.

Pada 7 Julai lalu, RoS meminta DAP mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC baru yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Ini kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 September 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Kereta Timbalan Ketua Pemuda MIC diserang

 Berita Daily Staff

Kumpulan tersebut turut memberi amaran kepada Thinalan supaya tidak masuk campur dalam hal peneroka Gatco

KUALA LUMPUR: Kereta Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan R Thinalan dipecahkan dan disimbah petrol oleh beberapa orang tidak dikenali malam semalam.

Menurut A Subash Chandrabose, Ketua Penerangan Pemuda MIC Selangor, ketika kejadian pada malam lebih kurang 9.30pm Thinalan menikmati makan malam bersama Exco Negeri Sembilan L Manickam di sebuah restoran yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari balai polis Bahau, Negeri Sembilan.

“Ketika kejadian, beliau makan bersama Yb Manickam, tiba-tiba ada segelintir orang memecahkan cermin depan kereta jenis Toyota Harrier sebelum cuba membuang molotov petrol ke dalam kereta.”

“Saya percaya mereka cuba membakar keretanya. Nasib baik, Thinalan sempat melihat kejadian tersebut dan menjerit terhadapnya sebelum kumpulan tersebut melarikan dirinya dari situ,” kata Subash kepada Berita Daily.

“Lebih mengejutkan, kumpulan tersebut turut memberi amaran kepada Thinalan supaya tidak masuk campur dalam hal peneroka Gatco,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Thinalan yang juga seorang peguam, bergegas ke balai polis Bahau dalam usaha membantu 28 peneroka Gatco ditahan oleh polis yang didakwa menghalang sebuah pemaju daripada memusnahkan beribu-ribu ekar tanaman pokok getah.

Mahkamah hari ini membebaskan kesemua 28 peneroka termasuk 10 wanita.

DAP umum opsyen pemilihan semula CEC lepas jumpa RoS

 Bernama

Kami tak mahu mendedahkan opsyen itu selagi belum mengadakan perjumpaan dengan RoS

GEORGE TOWN: DAP akan mengumumkan opsyennya mengenai isu pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) selepas mengadakan perjumpaan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata opsyen dilaksanakan itu akan berdasarkan hasil pertemuan dengan RoS.

“Kami ada pelbagai opsyen. Sebab itu, terserahlah kepada mereka (RoS), tapi sehingga kini, mereka enggan berjumpa dengan kami.

“Kami tak mahu mendedahkan opsyen itu selagi belum mengadakan perjumpaan dengan RoS,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kenyataan pada 7 Julai, RoS berkata ia tidak berniat membatalkan pendaftaran DAP, tetapi mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan bagi CEC.

Berikutan aduan daripada anggota DAP, RoS berpendapat pemilihan semula pada 2013 itu tidak dilaksanakan mengikut senarai anggota perwakilan yang diberi keizinan untuk menghadiri dan mengundi pada pemilihan sebelumnya yang diadakan pada 15 Dis 2012.-Bernama

Khamis, 20 Julai 2017

Tindakan Pas tidak mengejutkan, Harapan terus komited

MALAYSIA DATELINE

Mohd Sany Hamzan


Pemuda Amanah Nasional tidak terkejut dengan hasrat Pas untuk 'merampas' kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan melancarkan jentera pilihan raya parti itu baru-baru ini.

Ketuanya Mohd Sany Hamzan berkata, tindakan Pas melancarkan jentera dan mengumumkan untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menzahirkan bahawa Pas akan meletakkan calon di mana-mana kerusi tanpa melihat apa jua aspek pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya hasrat Pas untuk 'merampas' kerusi Parlimen Permatang Pauh bukanlah baru tetapi telah dizahirkan sejak semasa Pakatan Rakyat masih wujud. Semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen tersebut pada tahun 2015 lagi.

Pas telah pun menunjukkan keangkuhannya dengan memboikot gerak kerja pilihan raya biarpun ketika itu ujarnya Mohd Sany lagi, Pakatan Rakyat masih lagi wujud. Boikot tersebut turut 'direstui' oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Pada ketika itu, pimpinan-pimpinan Pas yang kini bersama Amanah yang bersungguh-sungguh berkempen memenangkan Presiden KeAdilan biarpun terpaksa menghadapi pelbagai kritikan dan label yang kurang baik. Namun ke semua mereka tetap komited bagi memastikan kerusi kerusi tersebut terus kekal kepada Pakatan Rakyat pada ketika itu.

"Tindakan Pas ketika ini adalah satu mesej besar daripada Pas bahawa mereka tidak lagi berkompromi untuk menentang Harapan.

"Tindakan tersebut bukanlah satu yang jelik apabila Pas sejak daripada awal enggan untuk bersama dalam gabungan pembangkang bagi memastikan hasrat rakyat untuk membentuk satu kerajaan baharu tercapai.

"Biarpun KeAdilan sering membuka ruang dan peluang serta mengharapkan Pas untuk bersama dalam pakatan pembangkang, namun Pas tetap angkuh menolak usaha tersebut. Tindakan Pas mengumumkan untuk bertanding di kerusi ketua pembangkang menatijahkan sikap Pas pada pilihan raya yang akan datang," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru Mohd Sany berkata, peluang untuk menjayakan pertarungan satu lawan satu terbukti gagal dan Harapan telah membuat persediaan untuk menghadapinya bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat diturunkan dalam PRU14.

'Naikkan had 18 tahun bagi perkahwinan gadis'

 


Sayap wanita Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa had umur perkahwinan bagi wanita ditingkatkan kepada 18 tahun, menjadikannya setanding dengan usia minimum bagi lelaki.

Anggota Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata undang-undang pada masa ini membolehkan anak perempuan berkahwin pada usia 16 tahun dan ia perlu diubah bagi menghapuskan perkahwinan bawah umur.

"Perkahwinan kanak-kanak bukan isu terpinggir di Malaysia. Terdapat hampir 9,000 kes dari 2010 hingga 2015 melibatkan 6,268 orang Islam dan 2,775 orang bukan Islam.

"Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak bersedia dari segi emosi, mental dan ekonomi untuk memikul tanggungjawab perkahwinan dan keibubapaan," kata Teo dalam satu kenyataan bagi pihak sayap wanita HARAPAN di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menegaskan bahawa Dewan Rakyat telah meluluskan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 awal tahun ini. Namun katanya, ketika ia melindungi kanak-kanak di bawah 18 dari hubungan seksual, ia tidak dapat menghalang perkahwinan kanak-kanak.

Teo berkata perkahwinan sebegini seringkali memusnahkan pendidikan seseorang gadis, selain mendedahkan mereka kepada risiko yang lebih tinggi dalam penderaan dan seksual.

"Lebih buruk lagi, Malaysia mempunyai kadar hukuman yang sangat rendah untuk kes penderaan seksual kanak-kanak," katanya.

Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menegaskan bahawa usia minimum perkahwinan untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki perlu sama.

Pada bulan Disember tahun lepas, Malaysia mengesahkan resolusi PBB untuk menghalang perkahwinan kanak-kanak, dan meminta negara-negara anggota menghentikan perkahwinan tersebut.

Ahli politik wanita dari DAP, PKR dan AMANAH hadir pada sidang akhbar hari ini.  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal menghantar wakil tetapi pihaknya bersetuju dengan kenyataan bersama itu.

LIHAT VIDEO DI SINI

'Pengundi lebih risau kos hidup dari isu 1MDB'





Pengundi lima kali lebih risau mengenai kos sara hidup berbanding skandal rasuah seperti 1MDB, menurut kajiselidik dijalankan oleh NGO Invoke yang dikaitkan dengan PKR.

Dalam satu tinjauan, 47.7 peratus kaum Melayu, 29.1 peratus kaum Cina dan 47.6 peratus kaum India bimbang tentang kos sara hidup dan kesan akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Di samping itu, 10.4 peratus kaum Melayu, 4.9 peratus kaum Cina, dan 6.6 peratus kaum India juga menyatakan kebimbangan mengenai peluang pekerjaan dan gaji.

Sementara itu, ekonomi adalah punca kebimbangan bagi 4 peratus kaum Melayu, 16.5 peratus kaum Cina dan 8.9 peratus kaum India.

Sebagai perbandingan, rasuah dan skandal hanya menimbulkan kebimbangan bagi 13.6 peratus orang Melayu, 15.1 peratus orang Cina dan 9.9 peratus orang India.

"Bagi setiap orang yang bercakap tentang 1MDB, lima lagi bercakap mengenai ekonomi," kata penyelaras NGO itu, Rafizi Ramli (foto, atas).

Seramai 17,107 responden menerima kaji selidik Invoke, yang mana 69 peratus adalah kaum Melayu, 20 peratus kaum Cina, 6 peratus Bumiputera Sabah dan Sarawak dan 5 peratus kaum India.

Jawapan bagi Bumiputera Sabah dan Sarawak ditambahkan bersama dengan responden Melayu.
Tinjauan ini dijalankan dari 5 Jun hingga 14 Julai.

Walaupun 1MDB menyebabkan kebimbangan yang rendah berbanding kos sara hidup, salah satu daripada soalan kaji selidik itu menunjukkan hubungan antara kedua-duanya.

Responden ditanya sama ada mereka terpaksa membayar GST untuk menutup kerugian kerajaan akibat skandal seperti 1MDB.

Sebanyak 64 peratus kaum India, 59 peratus (Melayu) dan 50 peratus (Cina) bersetuju ketika menjawab soalan ini.

Berdasarkan penemuan kajian, Rafizi berkata pembangkang perlu melakukan lebih banyak usaha untuk menangani dan memberikan penyelesaian kepada kebimbangan ekonomi dan tidak hanya memberi tumpuan kepada skandal 1MDB.

Naib Presiden PKR itu memberi amaran bahawa BN mempunyai kelebihan dalam menangani isu-isu ini melalui belanjawan seterusnya dengan menurunkan GST atau memberikan barangan kepada pengundi.

"Sekiranya anda memberi tumpuan hanya terhadap kemarahan terhadap Perdana Menteri Najib Abdul Razak, sementara BN memberikan barang-barang, ada kemungkinan pengundi akan beralih kepada BN," katanya.

Secara keseluruhan, berdasarkan kaji selidik itu, tiga isu utama yang berkaitan dengan orang Melayu adalah gaji rendah (73 peratus), bahan bakar dan subsidi (69 peratus) dan kemasukan pekerja asing (65 peratus).

Bagi kaum Cina, ia adalah upah yang rendah (65 peratus), bahan bakar dan subsidi (61 peratus) dan perlu membayar GST kerana skandal (50 peratus).

Bagi kaum India, kebimbangan utama ialah pekerja asing (76 peratus), diikuti oleh bahan api dan subsidi (73 peratus) dan gaji rendah (68 peratus).

Responden juga ditanya mengenai pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) untuk mengukur minat mereka terhadap isu tersebut.

Bagaimanapun, ramai responden enggan menjawab soalan itu dengan 29 peratus (Melayu), 58 peratus (Cina) dan 51 peratus (India) tidak menjawab sama ada mereka bersetuju Najib menggunakan Akta 355 untuk memecahbelahkan pembangkang.

Rafizi berkata ini mungkin kerana isu ini dianggap sebagai isu sensitif.

LIHAT VIDEO DI SINI


Itu cuma propaganda Muhyiddin, kata Shahrir

MALAYSIAKINI


Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menolak dakwaan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) bahawa sebanyak 54 kawasan Felda kini tidak lagi menjadi kubu Umno.

Beliau menyifatkan dakwaan presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sebagai propaganda semata-mata.

"Ini adalah pandangan beliau (Muhyiddin), dia berhak lakukannya.

"Dia punya komen dia punya cakap, hak dia untuk bercakap. Dia patut mempunyai semangat untuk membuatkan pengikut untuk percaya kepada dia. Biasa, propaganda, kita masing-masing ada propagandalah," kata Shahrir yang merupakan pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Beliau berkata kenyataan sedemikian bukan sesuatu yang baru, terutamanya menjelang pilihan raya umum, sambil menambah parti-parti pembangkang lain seperti PAS, PKR dan DAP juga berkata demikian.

"Kita akan adakan pilihan raya (tidak lama lagi), saya fikir semua orang patut cuba yang terbaik. Ini adalah sesuatu yang biasa apabila pilihan raya berlaku, pemimpin pembangkang akan mengatakan mereka lebih baik (daripada kita)," katanya.

Beliau berkata Umno-BN akan bekerja seperti biasa untuk memastikan sokongan masyarakat Felda kepada parti itu.

"Kami bekerja seperti biasa, kami tahu siapa peneroka ini, kami mempunyai cawangan Umno dalam Felda," katanya.

Apabila ditanya apakah strategi tambahan untuk mengekalkan sokongan peneroka Felda, beliau berkata antara lain, kepimpinan yang baik dan berintegriti serta memastikan perkhidmatan untuk peneroka ditingkatkan.

Semalam, Muhyiddin berkata BN tidak lagi boleh bermimpi dengan mengatakan penempatan Felda kini masih menjadi kubu kuat parti itu.

Beliau berkata pembangkang kini telah diterima baik dalam kalangan masyarakat Felda.

LIHAT VIDEO DI SINI

Ku Nan nasihatkan penjawat awam jangan ‘termakan sumpah’

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengingatkan penjawat awam agar tidak menyebarkan sebarang rahsia kerajaan kepada umum.

Malah, katanya, beliau bimbang sekiranya penjawat awam tetap membocorkan rahsia kerajaan, mereka akan 'termakan sumpah'.

Ini kerana, setiap penjawat awam telah mengangkat sumpah sebelum memegang jawatan mereka.

"Saya minta penjawat awam, mereka semua ada angkat sumpah. Jangan kena makan sumpah sebab benda ini, kalau rahsia kerajaan, janganlah sebarkan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita yang menyoal berhubung sikap sesetengah penjawat awam yang didakwa membocorkan maklumat rasmi kerajaan.

Selain itu, ketika ditanya sekiranya perkara sama berlaku dalam Umno, setiausaha agung parti itu berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap anggota yang membocorkan maklumat.

"Kita dalam Umno bila ada mesyuarat
tertentu, kita tak benarkan mereka sebarkan apa yang ada dalam mesyuarat.

"Kalau mesyuarat itu tertutup, kita akan ambil tindakan," katanya.

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan, insiden melibatkan penjawat awam menyalahgunakan teknologi komunikasi dan maklumat seperti di media sosial semakin kerap didengar.

Dalam kolum yang ditulis Felo Penyelidik Kanan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Dr Abdul Gapar Abu Bakar, berkata, penjawat awam didapati menyalahgunakan media sosial untuk membocorkan maklumat rasmi kerajaan dengan memberikan pandangan negatif terhadap proses kerja dan tadbir urus jabatan atau agensi kerajaan di mana mereka ditempatkan.

Malah, katanya, terdapat juga penjawat awam yang mencaci dan menghina penjawat awam pada peringkat pengurusan dan juga anggota pentadbiran atas sebab tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat serta membekalkan maklumat terperinci keberadaan mereka terutama penjawat awam dalam sektor keselamatan.


‘Jangan terlalu teruja, pelaburan China perlu diteliti rapi’

 
Institut Penyelidikan CIMB Asean berkata, Malaysia tidak boleh teruja dengan saiz inisiatif BRI dan hanya memikirkan manfaatnya.


Munir-Majid-Road-Initiatives-china-1


PETALING JAYA: Institut Penyelidikan CIMB Asean (Cari) memberi amaran kepada Malaysia supaya tidak terlalu teruja dengan inisiatif “One Belt One Road” (BRI) akan memberi manfaat secara automatik.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Munir Majid yang dipetik The Edge sebaliknya menasihatkan kerajaan meneliti pelaburan yang dicadangkan di bawah BRI dengan rapi demi kepentingan negara.

“Kita tidak boleh terlalu teruja dengan saiz BRI semata-mata dan berfikir perkara baik seperti itu akan berlaku secara automatik.

“Kita mesti melihat bahagian mana yang berguna untuk Malaysia dan Asean,” katanya di luar mesyuarat “Inisiatif BRI di Asean: Peluang Ekonomi dan Pemusatan Asean” di Kuala Lumpur, semalam.

Munir berkata, Asean juga perlu mengekalkan kekuatan sendiri dalam kerjasama apabila berurusan dengan rakan dialog luar, termasuk dalam perbincangan dengan China berhubung BRI.

Beliau turut menggesa Asean memastikan prinsipnya tetap menjadi daya penggerak ke arah keuntungan ekonomi yang boleh dicapai di bawah BRI China.

“China menunjukkan kerelaan dalam membantu rantau ini berkembang melalui pelbagai pelaburan dan sokongan. Bagaimanapun, Asean perlu memastikan faedah ekonomi tidak melebihi pemusatan.

“BRI juga perlu inklusif dengan melibatkan PKS tempatan dalam jangka pendek dan sederhana untuk memastikan hubungan 2 hala berpanjangan,” katanya.

Mesyuarat meja bulat anjuran Cari itu diadakan dengan kerjasama Kelab Perniagaan Asean.

Malaysia mendapat perhatian signifikan ketika Forum Belt and Road untuk Kerjasama Antarabangsa di Beijing, pada Mei lalu, apabila Presiden China, Xi Jinping memilih Malaysia untuk sokongan awal BRI, dengan menyatakan Malaysia akan menjadi salah sebuah negara yang paling bermanfaat daripadanya.

Blogger: Sistem pengangkutan awam era Dr M muflis

 
Blogger pro-kerajaan, Lim Sian See berkata, 4 sistem pengangkutan awam utama yang dilaksanakan pada 1990-an perlu diselamatkan kerajaan selepas beberapa tahun beroperasi.


najib_mahathir_mrt_600


PETALING JAYA: Seorang blogger pro-kerajaan membandingkan pencapaian projek pengangkutan awam yang dilaksanakan Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana semua inisitif bekas perdana menteri itu muflis.

Blogger politik, Lim Sian See melalui Facebooknya semalam menekankan kegagalan KL Monorail, Putra LRT, Star LRT and perkhidmatan bas Intrakota.

“Semua 4 projek pengangkutan awam utama Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Dr Mahathir diserahkan kepada syarikat swasta melalui konsesi dan kemudiannya bankrap.

“Kerajaan perlu menyelamatkan semuanya,” katanya sambil menambah Prasarana milik kerajaan perlu mengambil alih 4 perkhidmatan pengangkutan awam itu untuk menyelamatkan syarikat terbabit yang gagal mengendalikan operasinya.

Lim berkata, tiada projek pengangkutan awam yang dirancang Najib – lanjutan LRT1, LRT2 dan MRT – dilaksanakan dengan perjanjian konsesi dan masih dikendalikan kerajaan.

“Tiada keperluan untuk perjanjian konsesi yang memerlukan kenaikan bayaran berkala dan projek itu disiapkan tepat pada masanya dan tidak melebihi bajet atau siap lebih awal serta di bawah anggaran kos.”

Merujuk Monorail KL, katanya, ia adalah projek diswastakan yang diluluskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jun 1989.

“Kosnya dianggarkan pada RM143 juta ketika itu. Tetapi, apabila selesai dan dibuka pada 2003, ia dikatakan menelan belanja RM1.18 bilion.

“Syarikat itu muflis dan diselamatkan serta diambil alih Prasarana pada 2007 pada harga RM882 juta.”

Katanya, begitu juga dengan Putra LRT dan Star LRT yang terpaksa diselamatkan Prasarana pada 2002 dengan bayaran berjumlah RM9 bilion.

Putra LRT hanya beroperasi selama 4 tahun sebelum diambil alih, manakala Star LRT berkhidmat selama 6 tahun di bawah pemegang konsesi swasta.

“Perkhidmatan bas Intrakota yang mula beroperasi pada 1998 juga muflis dan terpaksa diambil alih Prasarana pada 2013 dengan kos RM177 juta.”

ABIM anjur demo bantah pencabulan Al-Aqsa esok

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan menganjurkan demonstrasi aman "Untukmu, Ya Al-Aqsa" esok di Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kuala Lumpur.
 
Setiausaha agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata demonstrasi itu susulan pencabulan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh tentera Israel sehingga mengakibatkan kematian tiga rakyat Palestin, Jumaat lepas.
 
"ABIM mengecam sekeras-kerasnya pencabulan yang dilakukan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Zionis Israel yang berterusan hingga hari ini.
 
"ABIM juga menyifatkan tindakan tersebut adalah tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun serta bertujuan sebagai alat provokasi membakar sentimen kebencian masyarakat Islam Palestin," kata Muhammad Faisal dalam sidang media di ibu pejabat ABIM, Kuala Lumpur hari ini.
 
Menurutnya, umat Islam harus bersatu untuk memberi tekanan kepada rejim Zionis Israel serta mempertahankan kedaulatan simbol maruah umat Islam itu.
 
Justeru, beliau menyeru umat Islam turut sama dalam demonstrasi yang akan diadakan selepas solat Jumaat dan bermula dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan AS.
 
Media Arab sebelum ini melaporkan polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di perkarangan masjid berkenaan.
 
Susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam.
 
Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada 16 Julai mengumumkan kawasan Masjid Al-Aqsa yang ditutup akan dibuka semula secara berperingkat. Penutupan kali pertama Masjid Al-Aqsa dalam tempoh lima dekad yang lalu telah meningkatkan ketegangan Israel-Palestin.
 
Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata lanjutan demonstrasi aman itu pihaknya turut melancarkan kempen #NaikMRTIngatPalestin.
 
Kempen berkenaan akan bermula malam ini di stesen MRT Kajang dan esok di Stesen MRT Muzium Negara bermula jam 10 pagi.
 
Muhammad Faisal berkata kempen ini adalah bagi meneruskan momentum kempen 'Save Al-Quds' kepada pengguna perkhidmatan MRT berhubung nasib malang rakyat Palestin.
 
Beliau turut meminta rakyat Malaysia khususnya pengguna MRT berkongsi hashtag #NaikMRTIngatPalestin dan #SaveAlquds sebagai tanda sokongan.
 
Selain itu, ABIM juga turut menyeru imam masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam di Palestin serta Masjid Al-Aqsa

Anjing: Perumpamaan yang kena sasaran!



 
Oleh IZWAN ABDUL HALIM


PERUMPAMAAN yang digunakan dalam ucapan atau tulisan menunjukkan betapa kaya seseorang terhadap seni bahasa dalam menyampaikan mesejnya. Tatkala ia mengundang reaksi, ketika itulah dapat dilihat pelakunya. Ketepatan memilih perumpamaan menyebabkan sasaran bagai terenjat dan tersentap dengan seringkali melompat atau melatah, menghadirkan tindak balas berlebihan yang makin memualkan.

Begitulah hebatnya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam mengemukakan perumpamaan dalam ucapan dan tulisannya. Selalu sahaja ada pihak tidak senang duduk bagaikan ‘cacing kepanasan’, lalu melenting, memutar belit, membidas dan memburuk-burukkannya kerana perumpamaan digunakan. Perkara sama juga dilakukan media-media tertentu yang ghairah untuk memberi imej negatif padanya.

Selain tindak balas penolakan dan penafian, ada yang membidas perumpamaannya keterlaluan, celupar, tidak wajar, menghina, memperlekeh dan sebagainya. Langsung tidak ada perbahasan terhadap ibarat, permisalan, peringatan atau nasihat yang beliau cuba utarakan. Malah, perkara sama juga digunakan ketika beliau menyampaikan syarahan atau huraian kitab dalam kuliah agamanya.

Berikut antara perumpamaan digunakan beliau mengenai anjing di dalam ucapan dan tulisannya:

“Dalam hal ini, PAS mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. PAS tak mahu berkelahi. Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah, biar dia sahaja yang bersuara, kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak, kabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju. Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak,” ujar beliau mengulas penentangan pihak tertentu terhadap hudud dalam satu ucapan pada Jun 2015.

“Orang boleh kata kita macam anjing salak bukit sahaja. Ya macam anjing salak bukit. (Hakikatnya) anjing tak salak bukit, tapi anjing menyalak babi yang ada di bukit itu. Ini yang sebenarnya. Kita tak salak bukit. Tapi menyalak (menegur) kelemahan yang berlaku dan najis-najis yang memalitkan kita semua,” katanya menjawab bidasan pihak tertentu kepada PAS kononnya tidak serius mengkritik Umno-BN dalam ucapan pada September 2015.

“Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin, khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya. Kewajipan kita ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua,” nasihatnya kepada ahli supaya tidak semberono menghadapi musuh politik dalam satu tulisan pada Oktober 2016.

“Saya tertarik dengan sekawan anjing dalam satu kampung yang berkelahi berebut tulang, mereka tidak menjemput anjing luar datang bersama, sebaliknya bersatu mengejar anjing luar yang datang menyertainya,” utaranya sebagai peringatan terhadap sikap pihak asing dalam satu tulisan pada Julai 2017.

Pun demikian, ramai lawan beliau tampil mencemuh dan mempertikainya dengan semua perumpamaan digunakan itu. Mereka seperti ‘anjing tersepit’ yang merasa sakit lalu menjelir dan menyalak di sana sini kerana keberangan.

Namun tragisnya dan kebetulan pula negara mengalami beberapa kes anjing gila, secara tiba-tiba seseorang politikus membuat pengakuan yang dibayangi sifat cengkaman dan kediktatoran. Atas ‘kultus’, gilaian dan pemasyhuran oleh para anggota pakatannya, tidak mustahil mereka memperakui ‘label’ diberi pada dirinya. Beliau dengan menggunakan satu perumpamaan, megah mengisytiharkan bahawa dirinya dengan kata-kata, “I’m Top Dog”.

Fikir-fikirlah 'dacing akhirat'...




 
Oleh Lanh

SEMASA kanak-kanak pada 1970-an dulu kampung saya di pinggir bandar Melaka kerap dikunjungi 'Cina Ayam'. Dia naik basikal besar dengan raga besar di bahagian belakang. Sambil mengayuh basikal, dia melaungkan 'Ayammm...ayammm...ayammm' - iramanya mendayu-dayu, sedih tetapi memikat hati.

Ramai orang kampung menjual ayam mereka, tidak kecuali keluarga saya. Dapat duit, orang kampung membeli barangan keperluan harian seperti beras, cili, asam, garam, gula dan kopi dan selalu juga sardin. Tertanya-tanya juga saya mengapa makan nasi berlaukkan sardin; mengapa tidak disembelih ayam itu untuk dibuat gulai?

Dalam urusan jual beli, satu perkara menarik perhatian saya adalah penggunaan dacing bagi menimbang ayam itu. Secara ringkas, dacing adalah sebatang besi dengan satu bahagian hujungnya diletakkan logam pemberat dan hujung satu lagi barangan yang hendak ditimbang.

Alat penimbang bernama dacing tidak digunakan lagi. Begitu juga unit kiraannya iaitu kati dan tahil.
Generasi muda mungkin tidak tahu apa itu dacing. Mereka yang mahu tahu, mungkin boleh melihatnya di muzium. Sistem imperal tempatan seperti kati dan tahil digantikan piawaian sejagat menggunakan sistem unit antarabangsa (SI) mulai 1 Januari 1982.

Namun hari ini generasi muda masih boleh melihat 'dacing' - ia adalah lambang (logo) sebuah perikatan parti bernama Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini. Dengan menggunakan kuasanya, lambang dacing ini 'berada di mana-mana' terutama menjelang serta pada pilihan raya.

Ketika itu, dacing mendominasi ruang dan tempat. Tengok kiri dacing, tengok kanan dacing. Tengok depan dacing. Namun sedarlah, dacing berimbang atas batang besi ini sudah ketinggalan zaman - orang sekarang pakai dacing elektronik atau dacing dua muka, satu 'menghadap' pembeli dan satu lagi penjual.

Kerana terlalu banyak dacing dan dikelilingi dacing, penulis cuba memahaminya dari sudut sosio-budaya orang Melayu. Dalam hidup bermasyarakat, atau norma manusia bertamadun, seseorang itu tidak boleh menilai dirinya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, kerana ketelitian bangsa ini, ada satu peribahasa menyebut 'masuk bakul angkat sendiri'.

Dari dulu hingga sekarang BN masuk dacing, kemudian angkat sendiri. Sebab itu apabila harga barangan keperluan atau harga minyak naik atau rakyat dikenakan GST, orang yang masuk bakul ini (dacing) akan berkata 'kenaikan ini tidak membebankan'.

Mana ada beban, dia sendiri sudah masuk dalam bakul. Yang menanggung beban adalah orang di luar bakul (luar dacing). Orang dalam dacing, semuanya kata tidak membebankan.

Memang hebat fikiran orang Melayu dulu. Mereka mencipta simpulan bahasa, peribahasa yang cantik-cantik itu sebagai iktibar untuk orang kemudian.

Berbalik kita kepada peribahasa 'masuk bakul angkat sendiri'. Adalah norma dalam masyarakat, seseorang yang jahat tidak akan berkata dia jahat. Seorang pencuri tidak akan berkata dia pencuri.

Seorang penyamun tidak akan mengaku dirinya penyamun. Sebaliknya apabila berlaku sesuatu kecurian dalam sesebuah kampung, si pencuri yang terperangkap akan menjerit, mengejar orang lain dengan mengatakan orang lain sebagai pencuri.

Apa yang berlaku sepanjang zaman, seorang penyamun akan pura-pura buat baik bagi menutup 'kepenyamumannya'. Orang puasa dia puasa. Orang raya dia pun raya. Orang bayar zakat fitrah, dia pun bayar zakat fitrah. Orang naik haji, dia pun naik haji. Itulah penyamun tarbus namanya. Banyak filem sudah dibuat mengenai hal ini. Jadi apa nak dihairankan jika penyamun tarbus dacing mengaku dia terbaik di dunia ini.

Dalam masyarakat Melayu, adalah pelik seseorang itu mengaku dia baik. Orang Melayu ini pemalu. Orang Melayu yang baik tidak mendabik dada dia baik. Sebab baik itu adalah penilaian orang.

Apabila seseorang itu mengaku dia baik atau mengiklankan bahawa dia baik, tentulah ada yang tidak kena dengan dirinya. Apabila orang mendakwa dia baik, hampir pasti dia tidak baik atau ada 'wayarnya putus' (short-cicuit).

Orang Melayu halus dalam budi bicaranya. Ada yang gemar bercakap 'cara kebalikan' (reverse).

Apabila seseorang anak terjatuh kerana memanjat pokok, bapanya akan berkata, "panjat, panjat, panjat lagi", tetapi hakikatnya si bapa tadi tidak mahu si anak memanjat pokok lagi. Demikian betapa hebatnya orang Melayu berbahasa!

Tetapi apa yang dacing sudah buat? Dacing mengiklankan dia hebat! Kalau digunakan pendekatan 'reverse' tadi, hakikatnya dacing itu tidaklah hebat.

Dacing memang suka cakap 'reverse'. Katanya jangan berpolitik di bangunan sekolah, masjid dan tempat awam lain. Tetapi dia buat. Katanya, jangan hasut rakyat, dia yang mempropaganda rakyat.
Mana tidaknya, buka saja radio atau TV, akan terdengarlah dakyah murahan..."Kerajaan dacing telah buat itu, telah buat ini...kejayaan sana, kejayaan sini...cemerlang, gemilang, terbilang..."

Kalau dacing telah buat semuanya, orang lain selama ini buat apa? Selepas itu dibilang pula, "pembangkang huru-hara...rakyat tidak selamat...bla,bla." Demikiannya kerja dacing siang dan malam. Petugas penyiaran, wartawan yang mengaku beriman, tidak takut dosakah berbohong menyatakan dacing baik-baik saja?

Dacing dunia ini lazimlah sifatnya tidak dapat diadili. Kuasa, pangkat dan duit boleh membeli dunia ini. Bolehlah masuk bakul (dacing), angkat sendiri. Tetapi ingatlah ada satu lagi dacing yang timbangannya maha tepat. Itulah dacing akhirat. Ketika diadili dacing ini, tidak boleh lagi masuk bakul (dacing) untuk mengangkat diri sendiri!

Bagi generasi muda yang 'tidak kenal apa itu dacing', pada pilihan raya nanti lupakanlah saja ia, pilihlah yang selain daripada dacing!

Waktu Berkuasa Semua Kebal




Oleh Hj Idris Hj Ahmad

RCI untuk siasat Forex sudah ditubuhkan. Isu yang lama berlalu ketika zaman Tun Mahathir menjadi PM. Kenapa sekarang baru hendak timbul balik? Kalau Tun tidak lawan DS Najib adakah RCI akan ditubuhkan? Kenapa apabila Tun Mahathir tidak berkuasa maka baru hendak ditubuhkan?.

Apakah undang- undang di Malaysia apabila tidak ada kuasa baru boleh ambil tindakan. Apakah ketika ada kuasa maka ia kebal daripada tindakan undang- undang. Boleh bermaharajalela. Ketika ada kuasa semua menikus. Itu pun fasal lawan tauke.

Ini tata kelola yang tidak baik bagi sebuah negara. Rakyat menjadi pertaruhan dan penderitaan akan dialami oleh rakyat marhain. Pemimpin sibuk berpolitiking sehingga kos sara hidup rakyat tidak dipedulikan. Pemimpin boleh bersuka ria mengumpul kekayaan hasil daripada penindasan dan ketirisan sewaktu ada kuasa. Kerana mereka tahu, mereka kebal daripada tindakan.

Mangsanya ialah rakyat dan generasi kanak-kanak yang masih kecil tidak tahu hala tuju mereka.

Apakah RCI mengenai 1MDB akan ditubuhkan apabila DS Najib sudah tidak berkuasa?. Itu pun kalau beliau bangkit melawan orang yang berkuasa pada waktu itu. Apakah corak kepimpinan seperti ini kita hendak bentuk di negara ini?. Amat malang sekali untuk rakyat dan negara.

Apakah jika DS Najib pula bangkit mengkrtik dasar kerajaan pada waktu itu, maka segala kesalahan beliau dilupakan kerana waktu itu beliau bersama bangkit untuk menumbang kepimpinan yang sedia ada. Murahnya nilai politik.

Kepelikan lagi apabila mereka yang pernah meninggalkan legasi yang tidak baik sewaktu berkuasa, tiba-tiba hendak menjadi hero untuk reform di negara ini. Sedangkan siapa tidak kenal Tun Mahathir sewaktu berkuasa 22 tahun.

Segala kesalahan yang dilakukan hanya boleh disucikan apabila boleh sepentas untuk agenda peribadi. Adakah beliau sudah meminta maaf kepada rakyat dan negara selama beliau berkuasa.

Apakah beliau tidak sedar, masalah yang berlaku hari ini adalah hasil "anak susuan" beliau dahulu.
Allah panjangkan umurnya untuk melihat sendiri hasil peninggalan beliau.

Harga petrol, diesel kekal antara 20 hingga 26 Julai

DETIK DAILY



KUALA LUMPUR, ― Harga runcit mingguan bagi petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel kekal seperti minggu lepas bagi tempoh 20 hingga 26 Julai ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman webnya menyatakan harga runcit petrol bagi RON 95 kekal pada RM1.97 seliter manakala RON97 (RM2.22 seliter) dan diesel (RM1.96 seliter).

Harga itu berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam ini. ― Bernama

500,000 tak sedar hidap Hepatitis C

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menganggarkan kira-kira 500,000 penduduk di negara ini tidak menyedari mereka menghidap penyakit Hepatitis C.
 
Berdasarkan statistik, Malaysia merekodkan peningkatan kadar Hepatitis C dari 3.71 peratus pada tahun 2009 kepada 8.69 peratus tahun lalu. 
 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramanian, berkata jumlah itu amat membimbangkan kerana penyakit berkenaan berisiko tinggi dan jika tidak dipandang serius, ia mampu mengakibatkan seseorang dijangkiti penyakit hati kronik sehingga boleh menyebabkan kematian.
 
Katanya, punca utama adalah kos diagnosis dan rawatan yang terlalu tinggi membebankan individu untuk melakukan saringan awal.
 
"Ada keperluan supaya mereka guna kemudahan dan saringan di agensi perubatan termasuk yang disediakan Kementerian Kesihatan. Ini membantu mengenal pasti mereka ada penyakit atau tidak.
 
"Ada ubat yang boleh digunakan untuk rawatan. Meskipun ubat itu sangat mahal buat masa sekarang, kerajaan sedang berusaha menerusi beberapa langkah dan kerjasama dengan agensi antarabangsa untuk wujudkan satu formula yang boleh kurangkan kos rawatan penyakit ini.
 
"Kita harapkan ini (formula) boleh jadi satu rawatan yang mungkin dapat menjayakan usaha itu dan boleh kurangkan kos rawatan Hepatitis C beberapa kali ganda," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar The 12th Liver Update 2017 anjuran Yayasan Herpa Malaysia di sini, hari ini.
 
Yang turut hadir bekas Menteri Kesihatan Tan Sri Dr Chua Soi Lek dan Pengerusi Yayasan Herpa Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
 
Mengulas mengenai formula rawatan, beliau berkata, kementerian bercadang mengurangkan kos rawatan penyakit Hepatitis C dari RM40,000 kepada RM1,000 dan kajian mungkin dapat dimuktamadkan dalam tempoh dua tahun lagi.
 
Katanya, jika formula ini dapat direalisasikan, rawatan boleh ditawarkan kepada jumlah pesakit secara lebih meluas.
 
 

Bekas wakil rakyat PAS akan kalah jika kembali bertanding di Kelantan - Bekas MP Bachok

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas wakil rakyat PAS di Kelantan diingatkan tidak kembali bertanding di kawasan masing-masing sekiranya tidak mahu mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof berkata ia merupakan petua utama di negeri itu iaitu mana-mana wakil rakyat PAS bertindak keluar parti atau menyertai parti lain akan ditolak oleh pengundi.
 
"Secara peribadi saya melihat mereka bertindak begitu bukan atas sifat masa depan mereka masih di Kelantan, mereka tidak melihat di situ.
 
"Sebabnya kita tahu orang yang mahir dalam kajian politik Kelantan melihat bahawa seseorang yang telah keluar daripada PAS atau Umno akan ditolak," katanya kepada Antarapos.
 
Bekas wakil rakyat PAS yang kini bersama parti lain adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli.
 
Husam merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) manakala Hatta adalah Ketua Pengarah Pilihanraya Amanah Nasional dan Kamaruddin pula menyertai PKR.
 
Menurut Wan Nik, jika mereka kembali bertanding di mana-mana kawasan di Kelantan mereka akan berdepan laluan sukar.
 
"Contohnya Ibrahim Ali sendiri, kalau dia tetap duduk di Pasir Mas dengan suasana yang ada itu sampai bila-bila pun tak akan menang.
 
"Begitu dengan Kamaruddin atau Hatta tak mungkin menang sebab pengalaman dah mengajar diri mereka," katanya.
 
Justeru bekas Ahli Parlimen Bachok menasihatkan mereka bertanding di kawasan lain yang boleh menjamin kemenangan mereka.
 
"Jadi Kalau nak selamat kena cari tempat (boleh menang) macam kes Datuk Husam," katanya.
 
Bertanding di kawasan yang boleh menjamin kemenangan
 
Ditanya mengenai kedudukan Husam yang merupakan tokoh penting di Kelantan, Wan Nik menegaskan tiada ruang serta peluang lagi untuk bekas exco itu bertapak di negeri itu.
 
"Bukan kata sukar, memang tak sepatutnya dia untuk bertanding di mana-mana kerusi di Kelantan.
 
"Kalau dia nak menang juga dia kena pergi ke Pantai Barat, Pulau Pinang, Perak atau Kuala Lumpur," katanya.
 
Mengulas lanjut Wan Nik berkata mana-mana bekas wakil rakyat PAS sudah tiada tempat di Kelantan.
 
"Jadi tempat-tempat begitu layak untuk Datuk Husam sebab dia sendiri adalah Naib Pengerusi Amanah Negara.
 
"Dia kena cari tempat yang boleh menyokong dia ataupun tempat dia boleh menang selain daripada Kelantan," katanya.
 
Malah beliau menambah kajian yang dijalankan menyaksikan mereka bukan kalangan yang menang sekiranya kembali bertanding di kawasan masing-masing.
 
"Sebab di Kelantan kita dapati dia bukan seorang yang menang," katanya.
 
 

Ada pihak tak puas hati Dr M 'top dog' PH, dakwa bekas pemimpin PPBM

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tidak mustahil kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap dirinya 'top dog' dalam Pakatan Harapan (PH) boleh menimbulkan cakap-cakap belakang dikalangan pemimpin-pemimpin gabungan parti itu.
 
Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman berkata kenyataan Pengerusi PPBM itu akan menimbulkan sangsi, apatah sejak daripada mula lagi ada dikalangan pemimpin pembangkang kurang bersetuju dengan penglibatan Dr Mahathir dalam senarai kepimpinan PH.
 
"Sudah pasti akan ada perbincangan belakang tabir dikalangan pemimpin PH yang mula sangsi dan bimbang dengan kenyataan-kenyataan yang akan dikeluarkan Dr Mahathir sendiri," dakwanya kepada Antarapos.
 
Ini ditambah lagi dengan pendirian Dr Mahathir terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
Dr Mahathir berulang kali menyebut bahawa Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan liwat, hanya boleh menjadi Perdana Menteri kelapan.
 
"Dalam perbincangan awal lagi PKR mengatakan bahawa tidak mahu Dr Mahathir berada di dalam perbincangan tentang kerusi dan sebagainya. Namun apabila melihat kemungkinan Dr Mahathir mempunyai pengaruh terhadap Melayu, maka diletakkan di situ. 
 
"Namun dalam situasi semasa seperti kempen dan ceramah, cuba lihat bagaimana dimainkan jika PH menang Tan Sri Muhyiddin Yassin akan jadi PM sementara sebelum Anwar dilantik sebagai PM sebenar? Itu adalah permainan yang sentiasa dimainkan. Sekiranya itu diguna pakai, dimanakah kedudukan Dr Mahathir yang sebenarnya?," soal Kamarul.
 
Dr Mahathir yakin tarik sokongan Melayu
 
Kamarulazman berkata, oleh kerana Dr Mahathir mendakwa dirinya boleh menarik sokongan kaum Melayu, mantan perdana menteri itu cuba mewujudkan situasi serba salah dalam PH, sekaligus merasakan dirinya masih sesuai dicalonkan sebagai perdana menteri.
 
"Dr Mahathir cuba menimbulkan situasi sekiranya PH hendakkan pengaruhnya maka terpaksa menerimanya. Ini adalah signal awal dari Dr Mahathir minat untuk menjadi PM masih ada dan meletakkan situasi serba salah di kalangan rakan-rakan di dalam PH," katanya lagi.
 
Kelmarin Dr Mahathir mencanangkan dirinya sebagai 'top dog' atau pemimpin utama PH selepas dilantik sebagai Pengerusi gabungan pembangkang berkenaan.
 
Pengakuan tersebut, menurut Kamarulazman mengundang tanda tanya, apakah Dr Mahathir sekaligus cuba menunjukkan dirinya paling berkuasa di dalam PH, dan juga PPBM sendiri, yang sebelum ini dilihat ramai pihak sehingga menenggelamkan peranan Muhyiddin selaku Presiden.
 
"Kita tanya dahulu siapakah pemimpin nombor satu dalam PPBM? Sedangkan hal itu pun keliru juga dari seawalnya.
 
"Saya lihat apabila Dr Mahathir tidak berada di dalam mesyuarat maka Muhyiddin mendakwa beliaulah pemimpin sebenar PPBM. Namun apabila Dr Mahathir ada di dalam mesyuarat PH atau PPBM, maka seakan-akan Dr Mahathir adalah orang nombor satu dalam parti," ujarnya.
 
 

RoS tak berganjak, DAP mesti buat pemilihan semula

ANTARAPOS.COM

Post Pic
  
 
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mempertahankan keputusan mereka mengarahkan DAP melakukan pemilihan semula anggota jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).
 
Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata keputusan berkenaan dibuat berdasarkan maklumat daripada aduan anggota DAP sendiri.
 
"Setelah diselidiki, RoS berpuas hati maklumat daripada aduan-aduan tersebut adalah berasas," katanya dipetik Malaysiakini.
 
DAP diarah mengadakan pemilihan semula pada 7 Julai lalu melalui suatu kenyataan terbuka dibuat RoS.
 
Langkah itu perlu dilakukan DAP kerana RoS menganggap pemilihan CEC yang diadakan pada 29 September 2013 sebagai tidak sah.
 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudian menganggap arahan RoS berkenaan "pelik" kerana dibuat selepas empat tahun pemilihan semula itu berlangsung.
 
Malam tadi pula DAP menegaskan mereka menangguhkan pemilihan semula itu kerana mahu RoS menjelaskan lebih lanjut mengenai arahan yang dikeluarkan pada 7 Julai lalu.
 
Kata Lim, tindakan RoS itu dibuat berdasarkan "berita palsu".
 
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang turut meminta untuk mengadakan pertemuan dengan RoS bagi membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil.
 
Mohammad Razin berkata memang wujud percanggahan di antara jumlah perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan parti pada 2012 dan pemilihan semula pada 2013.
 
RoS berpendapat pemilihan semula itu sepatutnya dijalankan dengan senarai digunakan pada 15 Disember 2012, membabitkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.
 
DAP diberi tempoh 14 hari untuk menjawab arahan RoS itu dan kegalalan berbuat demikian membolehkan parti terbabit dikenakan tindakan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
 
Namun Lim berkata, surat rasmi daripada RoS bertarikh 17 Julai lalu pula menyatakan laporan DAP mempunyai 865 cawangan pada 2012 sebagai tidak tepat.
 
Katanya, jumlah dirujuk RoS itu dibuat berdasarkan artikel "Laporan Equiti: Penipuan Pemilihan CEC" dibuat oleh seseorang dikenali sebagai "Father Augustus Chen".
 
Justeru DAP kata Lim mempunyai beberapa pilihan, termasuk mengadakan pemilihan semula dalam keadaan protes, selain mencabar arahan RoS melalui undang-undang.
 
Mengenai keinginan DAP bertemu, Mohammad Razin berkata, sebarang penjelasan daripada ROS akan dibuat secara bertulis.
 
"Menjadi hak DAP (juga) untuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya

Rabu, 19 Julai 2017

Persepsi rasuah dalam kalangan mahasiswa membimbangkan

Ainul Asniera Ahsan

Dr. Anis Yusal Yusoff
KUALA LUMPUR – Ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agresif membanteras gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa, namun masih ada mahasiswa berpendapat tingkah-laku yang menjurus kepada perbuatan tersebut bukan satu kesalahan.

Perkara ini didedahkan hasil kajian yang dijalankan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM berhubung persepsi mahasiswa di tiga universiti tempatan terhadap pemahaman rasuah di negara ini.

Dalam kajian itu, 35.8 peratus responden menyatakan perbuatan penerimaan hadiah dalam bentuk wang, barangan dan perkhidmatan sebagai balasan terhadap perkhidmatan yang diberikan bukan satu kesalahan yang berbentuk rasuah.

Manakala 28.1 peratus pula beranggapan tidak menjadi kesalahan untuk mengambil harta/barangan pejabat seperti thumb drive, toner, kertas warna dan lain-lain untuk kegunaan peribadi.

Sementara 37.3 peratus responden beranggapan mengemukakan tuntutan tugas luar walaupun penginapan telah disediakan oleh pihak penganjir adalah suatu perbuatan yang salah.

Sebanyak 35.8 peratus responden juga menyatakan perbuatan penerimaan hadiah dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan sebagai balas atas perkhidmatan yang diberikan bukan rasuah.

Sejumlah 20.6 peratus responden pula beranggapan terlibat secara langsung dalam proses pelantikan ahli keluarga untuk mengisi jawatan kosong di jabatan sebagai perbuatan yang dibolehkan meskipun majoriti responden mempunyai tahap pemahaman yang tinggi mengenai perbuatan rasuah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff berkata, keputusan kajian itu merisaukan memandangkan mahasiswa-mahasiswa berkenaan bakal memasuki alam pekerjaan.

“Penemuan dari kajian ini, sekiranya dijadikan kayu ukuran memerlukan kita menyemak semula, nilai apa yang dididik dan disemai dalam kalangan mahasiswa ini.

“Kita khuatir kalau mahasiswa yang mempunyai pandangan seperti ini telah terpengaruh dengan role model yang salah kerana mereka kelihatan seperti orang yang berjaya dalam kehidupan tetapi sebenarnya mendapat kejayaan dan kekayaan melalui jalan salah,” katanya di sini.

Seramai 402 responden terlibat dalam kaji selidik yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.

Dr. Anis berkata, beliau bimbang kerana golongan inilah yang akan menjadi pemimpin di tempat kerja dan komuniti serta pemimpin pada tahun 2050 nanti.

Lantaran itu, beliau berkata, kaji selidik itu tidak harus dipandang remeh dan perlu diberi perhatian sewajarnya agar generasi muda mampu menggalas tanggungjawab dengan lebih baik.

Beliau mahu permulaan integriti ditekankan dalam pendidikan melalui pembentukan nilai murni yang bermula di rumah.

Golongan ibu bapa diseru jangan mengabaikan peranan mereka di rumah dengan menunjukkan sikap dan nilai murni yang boleh dicontohi manakala guru-guru disaran menyelitkan nilai-nilai integriti dalam pengajaran dan pembelajaran.

“Pemimpin masyarakat dan ahli politik juga ada saham menjadi contoh ikutan dan teladan kepada generasi masa kini.

“Kita memerlukan satu ekosistem yang telus dan berintegriti untuk menyokong semua usaha terutama dalam melaksanakan transformasi nasional 2050,” ujar beliau. – MalaysiaGazette


Dakwaan Perancis rasuah beli Scorpene: SPRM didesak siasat Najib

 ARIF ATAN

 Faiz Fadzil 1


Pemuda AMANAH Nasional mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam pembelian dua unit kapal selam Scorpene ekoran pendakwaan jenayah salah guna aset awam oleh kerajaan Perancis.

Timbalannya, Faiz Fadzil berkata, siasatan SPRM juga perlu melibatkan penganalisis politik yang rapat dengan Najib, Abdul Razak Baginda serta pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkaitan susulan tindakan Perancis mendakwa dua bekas eksekutif kanan di negara itu.

Agence France-Presse (AFP) hari ini melaporkan mereka terbabit adalah bekas pengerusi syarikat DCNI, Phillippe Japiot dan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat pertahanan gergasi Thales, Jean-Paul Perrier.

Menurut Faiz, siasatan berhubung kes itu penting bagi membersihkan nama baik negara memandangkan kes jenayah rasuah tersebut membabitkan dakwaan pembuat kapal selam Perancis itu membayar lebih €114 juta (RM560 juta) sebagai komisen kepada sebuah syarikat kosong yang dikaitkan dengan Razak Baginda.

"Beliau (Najib) adalah Menteri Pertahanan ketika itu. Bayaran komisen yang didakwa tersebut adalah wang rakyat yang sumbernya dipercayai daripada bayaran pembelian kapal selam itu.

"Hubungan rapat di antara Najib Razak dan Razak Baginda menjadi spekulasi umum kerana Razak Baginda dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Atlantuya Shariibuu sedangkan dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Sirul dan Azilah yang dituduh sebagai rakan sejenayah (accomplice) telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati," katanya.

Beliau menyifatkan SPRM mempunyai tanggungjawab mempertahankan keluhuran undang-undang dan integriti institusi itu yang pada masa ini gagal bertindak secara telus dan berani untuk menyiasat Najib Razak berhubung skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tindakan kerajaan Perancis ini hendaklah dipandang serius oleh semua pihak di negara ini yang menunjukkan jenayah rasuah semakin meruncing di bawah pentadbiran Najib Razak.

"Usahlah pula menganggap tindakan kerajaan Perancis ini sebagai campur tangan kuasa asing.
Namun, jika SPRM gagal bertindak, maka rakyat dan masyarakat antarabangsa akan menganggap SPRM sudah tiada kuasa," ujarnya.

Lapor AFP, siasatan ke atas Japiot dan Perrier itu dilakukan sejak 2009 susulan aduan yang difailkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Perancis.

Mengulas lanjut, Faiz berkata, siasatan SPRM perlu disegerakan kerana pendakwaan oleh kerajaan Perancis sekali lagi mencalar maruah negara yang begitu banyak terpalit dengan kes rasuah di peringkat antarabangsa.

"Pemuda AMANAH mendesak satu siasatan menyeluruh, bebas dan adil dijalankan segera agar individu yang terlibat dengan kes rasuah ini dapat dibawa ke muka pengadilan.

"SPRM juga didesak untuk menyiasat berapakah jumlah sebenar wang yang telah diseleweng dalam pembelian kapal selam ini dan mengejar semula wang yang telah dilesapkan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.

"Ini adalah kerana wang rakyat sebanyak AS$1.1 bilion (RM4.7 bilion) telah dibelanjakan dalam pembelian mega ini," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Harapan tidak pernah bincang Akta Majlis Keselamatan Negara, kata Muhyiddin

DALIA ISMAIL

Muhyiddin Yassin


Pakatan Harapan (Harapan) buat masa ini tidak pernah membincangkan berkaitan dengan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya menang pilihan raya akan datang, kata Timbalan Presiden Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Setakat hari ini tidak ada bincang perkara itu kita faham undang-undang MKN telah diluluskan dulu, pastinya mesti ada asas prisip bagaimana undang-undang itu dikuatkuasakan.

"Pastinya rakyat tidak mahu ada penyalahgunaan kuasa. Tujuannya untuk menjaga keselamatan negara bukan atas asas pertimbangan politik dan sebagainya," ujarnya ketika ditanya dalam sidang media diadakan di Ibupejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Petaling Jaya petang ini.

Sidang media diadakan bertujuan untuk mengumumkan persediaan jentera pilihan raya parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.

Muhyiddin diminta mengulas kenyataan bekas Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini, yang menyarankan agar Harapan mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mahkamah.

Dalam catatan di blognya,  Zaid yang juga ahli seumur hidup DAP itu berkata, pemimpin Harapan perlu mempertimbangkan senario yang mungkin berlaku sekiranya keputusan pilihan raya umum akan datang tidak memihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno.

Najib mempunyai “senjata” yang tidak dimiliki orang lain dan ia adalah Akta MKN dan majlis itu mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kecemasan dan melantik sesiapa sahaja sebagai pengarah operasi kawasan keselamatan, kata Zaid.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, buat masa ini Akta MKN bukanlah begitu penting untuk pimpinan Harapan membawa ke meja rundingan gabungan itu.

"Diperingkat sekarang tidak begitu. Apa yang penting kita bincang soal persiapan (PRU). Kita harap BN menghormati segala bentuk undang-undang yang ada dan tidak menyalahguna kuasa membawa keburukan kepada kedaulatan dan rakyat negara," ujarnya.

Kerajaan kaji cadangan iktiraf India Muslim bumiputera – PM

MALAYSIA GAZETTE
Reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Ayob Khan Muhamad Yakub (depan, tiga kanan) sambil diperhatikan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Majlis Jamuan Hari Raya dan Hari Keluarga NGO-NGO India Muslim Semalaysia di Maeps, Serdang. foto IQBAL BASRI
 
SERDANG – Kerajaan akan mengkaji untuk menerima tuntutan komuniti India Muslim supaya diiktiraf sebagai bumiputera, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 “Saya mendengar tuntutan yang dibuat oleh Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) Dhajudeen Shahul Hameed dan saya menerima bahawa India Muslim adalah sebagai bumiputera.

“Bagaimanapun, soal bagaimana ia dilaksanakan memerlukan kajian lebih mendalam, sama ada dari segi pentadbiran atau perwartaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) India Muslim Semalaysia di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini malam ini.

Pengumuman itu mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 15,000 pemimpin dan wakil NGO bersama keluarga masing-masing yag hadir pada sambutan itu.

Selain itu, Najib yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional turut menerima pandangan Dhajudeen untuk mendirikan satu tanda mercu bagi pusat komuniti India Muslim agar wakil-wakil masyarakat itu dapat berunding mengenai isu-isu semasa melibatkan kemajuan negara.

Dalam majlis itu, Dhajudeen telah menuntut tiga perkara iaitu mewartakan komuniti itu sebagai bumiputera, mendirikan satu mercu tanda India Muslim di Kuala Lumpur atau Putrajaya serta melantik seorang pengawai khas di Jabatan Perdana Menteri bagi mengelolakan hal ehwal kira-kira satu juta komuniti India Muslim.

Pada majlis yamg sama, Najib turut mengumumkan kira-kira 10,000 Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) telah bersetuju untuk memberikan diskaun sehingga 20 peratus berkuatkuasa serta-merta di semua premis perniagaan mereka sebagai menyahut seruan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi golongan Orang Kelainan Upaya akan menikmati kad diskaun sebanyak 20 peratus, siswa (10 peratus) manakala pemegang kad pengguna Friends of KPDNKK akan menikmati diskaun sebanyak lima peratus.

Kehadiran begitu ramai pemimpin dan ahli-ahli NGO India Muslim bersama keluarga masing-masing malam tadi membuatkan Perdana Menteri berasa kagum, terharu dan teruja melihat sokongan komuniti itu terhadap kepimpinan beliau dan kerajaan Barisan Nasional.

“Saya juga diberitahu ada satu lagi dewan (Dewan C) juga dipenuhi dengan penyokong BN. Oleh itu, saya boleh membuat kesimpulan bahawa komuniti dan masyarakat India Muslim di dalam negara kita merupakan penyokong kukuh dan setia kepada BN.

“Sumbangan India Muslim kepada negara sejak dahulu amat besar terutama sekali dalam bidang menyediakan makanan restoran. Ada orang di sebelah sana, ada orang tertentu yang juga India Muslim. Tetapi saya percaya komuniti India Muslim lebih menyokong saya dan berharap hubungan ini akan berterusan selama-lamanya,” katanya.

“Saya mahu menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan negara teratas 20 negara di dunia.

Hari ini kita sambut hari raya, dan tidak lama lagi, kita akan sambut satu lagi hari raya (pilihanraya).

“Pada hari raya itu, saya memerlukan sokongan India Muslim bagi menjadikan Malaysia tetap maju di bawah kepimpinan saya.

“Kita merupakan sebuah kerajaan bersifat inklusif yang sentiasa mengutamakan rakyat dan melakukan perubahan serta transformasi kepada negara. Kalau anda semua mahu kerajaan melakukan transformasi pada negara, semua komuniti besar dan kecil termasuk India Muslim akan terus dibina oleh kerajaan BN,” katanya. – MalaysiaGazette