Rabu, 26 Julai 2017

Hadi dinasihat supaya berehat dua bulan lagi - Takiyuddin

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dinasihatkan untuk berehat selama dua bulan oleh doktor.
 
Menurutnya, Hadi ketika ini sedang bercuti dan hanya akan ke Dewan Rakyat jika tahap kesihatannya bertambah baik.
 
"Keadaan kesihatan beliau (Hadi) sudah baik. Tetapi beliau dinasihatkan oleh doktor supaya mengambil cuti panjang kira-kira dua bulan," katanya dipetik Berita Harian Online. 
 
Kelibat Ahli Parlimen Marang itu tidak kelihatan sejak Dewan Rakyat bermula Isnin lalu.
 
Hadi pada 15 Mei lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pembedahan injap jantung.
 
Hadi bagaimanapun mencuri tumpuan hadirin yang datang ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru minggu lalu, yang mana ia merupakan kemunculan pertamanya selepas menjalani pembedahan berkenaan.
 
Bagaimanapun sebaik sahaja selesai berucap, beliau terpaksa meninggalkan pentas pidato berkenaan atas sebab-sebab kesihatan. 


Tiada ulasan: