Selasa, 25 Julai 2017

Mati kempunan walaupun lebih 50 tahun merdeka

HARAKAHDAILY

 
 
TRAGEDI kemiskinan yang masih berlaku di negara ini didakwa sebagai terancang ekoran mempunyai kaitan secara langsung dengan penyalahgunaan dan ketirisan dana awam.
 
Ahli Dewan Negeri Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi berkata, penyelewengan dana kerajaan menyebabkan peruntukan bantuan dan pembangunan untuk rakyat khususnya masyarakat luar bandar terpaksa dikurangkan, lapor SelangorKini.
 
“Sepatutnya kemiskinan tiada lagi dalam negara kita, namun apa yang berlaku hari ini umpama rakyat Sabak Bernam, walaupun kita sudah lebih 50 tahun merdeka tetapi saya sering menyebut ada di antara mereka yang mati dalam keadaan kempunan.
 
“Kempunan tak mampu main boling atau berenang di kolam renang yang jernih airnya kerana masalah kemiskinan. Sepatutnya tiada kemiskinan jika bilion ringgit dana awam yang hilang dapat dimanfaatkan rakyat di luar bandar,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ‘mengkaji impak skandal 1MDB terhadap rakyat Selangor’, pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam, hari ini. 
 
 

Tiada ulasan: