Jumaat, 28 Julai 2017

Tauke ikan mati ditembak

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
JERTIH: Seorang tauke ikan mati dipercayai ditembak di Pantai Teluk Bayu, Kuala Besut, malam ini.
 
Wan Ahmad Wan Nawang, 68, dipercayai ditembak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 kira-kira jam 8.15 malam.
 
Tembakan itu menyebabkan mangsa yang ketika itu bersama seorang rakan menaiki kereta Mercedes Benz, terbabas dan melanggar tiang elektrik.
 
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
 
Katanya, mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut tetapi disahkan meninggal dunia.
 
"Rakan mangsa yang berada dalam kenderaan itu tidak cedera. Jenazah mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat," katanya.
 
Mohd Zamri berkata, polis melancarkan gerakan memburu suspek dengan melakukan sekatan jalan raya sekitar Besut.
 
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api 1960.
 
 

Tiada ulasan: