SHAH ALAM: Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel naik mulai tengah malam ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga baru petrol itu di laman Twitter
sebentar tadi.
Bagi tempoh 27 Julai sehingga 2 Ogos, harga runcit bagi RON95 ialah
RM2.03 per liter (dari RM1.97 per liter), manakala RON97 adalah RM2.28
per liter (dari RM2.22 per liter), masing-masing mencatatkan peningkatan
sebanyak enam sen per liter.
Sementara itu, harga diesel akan meningkat sebanyak tiga sen,
menjadikan harga barunya RM1.99 per liter (dari RM1.96 per liter).
Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan