Khamis, 27 Julai 2017

Buku G25 diharamkan

MALAYSIAKINI


Kerajaan mengharamkan buku kumpulan Melayu terkemuka G25 membincangkan persoalan Islam dalam demokrasi berperlembagaan.

Breaking the Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy diharamkan atas alasan kedudukan Islam dalam perlembagaan yang disentuh dilihat memudaratkan ketenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi pada 14 Jun lalu meluluskan pengharaman buku, menurut e-Warta Persekutuan Pejabat Peguam Negara.

Buku memuatkan beberapa siri artikel itu disiarkan kali pertama oleh Marshall Cavendish International (Asia) Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura pada Disember 2015.

Menurut penerbit, buku itu menyentuh dimensi sosio politik dan kesan ekonomi-kebudayaan terhadap masyarakat Malaysia.

Seramai 22 orang menyumbang untuk buku itu, termasuk sarjana terkenal Dr Shad Saleem Faruqi dan Chandra Muzaffar, profesor undang-undang Universiti Malaya Azmi Sharom dan bekas pengarah eksekutif Sisters in Islam Ratna Osman.

Tiada ulasan: