Selasa, 25 Julai 2017

Angin kencang sehingga Jumaat

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Jumaat ini.
 
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
 
Selain itu, ribut petir di perairan Kelantan dan Pahang berterusan sehingga lewat malam Isnin, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: