Sabtu, 3 Disember 2016

Najib patut selesai masalah rakyat, bukan tiup sentimen perkauman

liew chin tong

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Sedang rakyat menanggung beban ekonomi yang kian parah, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak memilih untuk memainkan sentimen perkauman dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO 2016 semalam.

Walhal, Najib sepatutnya menggunakan peluang tersebut bagi membincangkan masalah yang menghantui majoriti rakyat Malaysia dan mencadangkan penyelesaian, kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Najib cuba mengelak dari empat isu utama iaitu cukai GST, skandal terbesar negara 1MDB, penurunan mendadak nilai mata wang ringgit dan kenaikan kos sara hidup.

“Kehidupan rakyat kebanyakan tidak berada dalam keadaan baik hari ini. Tetapi Najib tidak ada jawapan untuk masalah-masalah mereka. Beliau seperti tidak peduli.

“Malah, beliau gunakan pula elemen perkauman untuk mencetuskan ketakutan,” ujarnya.

Najib dalam ucapan dasarnya semalam menyerang DAP bertubi-tubi dengan menuduh parti itu sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan kononnya rakyat mesti mengundi UMNO supaya DAP tidak akan memerintah.

Namun, fitnah Najib itu segera ditempelak barisan pimpinan DAP seperti Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini.

Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor menjelaskan bahawa pilihan raya akan datang merupakan pertandingan antara satu peratus kroni Najib dengan 99 peratus rakyat Malaysia.

“Semua pihak yang mahu melihat pengakhiran kepimpinan kleptokrasi Najib harus mula merangka strategi untuk berhadapan pilihan raya akan datang. Ini termasuklah juga ahli-ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan Presiden mereka.

“Untuk menyelamatkan Malaysia, 99 peratus rakyat ini mesti bangkit,” tegasnya. – Roketkini.com


Tiada ulasan: