Selasa, 6 Disember 2016

Isu Rohingya: Kenapa Najib tidak guna kuasa PM, soal Tun M

tun-mahathir 


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pelik mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri bagi membantah kekejaman etnik Rohingya, sebaliknya turun menunjuk perasaan.

“Ketika saya menjadi PM dan Aung San Suu Kyi ditangkap, saya tulis surat dan hantar seseorang bertemu beliau.

“Saya sendiri berjumpa pihak berkuasa Myanmar dan bawa mereka lihat kebaikan demokrasi kerana pada peringkat itu (antara eksekutif) kita tak perlu menunjuk perasaan,” katanya kepada pemberita, pada Ahad.

Ia berikutan penglibatan Najib dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Tasik Titiwangsa, hari ini bersama-sama beberapa Menteri Kabinet dan pemimpin PAS.

Katanya, tindakan tunjuk perasaan adalah bentuk penentangan terhadap penguasa, bukan sebaliknya digunakan oleh penguasa terhadap penguasa lain.

“Hari ini saya menunjuk perasaan tetapi saya tidak lagi dalam kerajaan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan supaya Malaysia memutuskan hubungan dengan Myanmar sebagai membantah penghapusan etnik Islam Rohingya di Rakhine.

“Cadangan saya adalah (Malaysia) memutuskan hubungan diplomatik (dengan Myanmar) untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kita dengan cara Rohingya dilayan,” katanya.

Tiada ulasan: