Ahad, 11 Disember 2016

Amanah bantu PPBM tumbangkan Umno BN

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Timbalan Presiden Aamanah Salahuddin Ayub berkata, Amanah mesti bersikao matang dalam menagdakan kerjasama politik Timbalan Presiden Aamanah Salahuddin Ayub berkata, Amanah mesti bersikao matang dalam menagdakan kerjasama politik


Parti Amanah Negara (Amanah) bersikap matang dalam mengadakan kerjasama politik bagi menumbangkan Umno BN, kata Timbalan Presiden Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, Amanah mesti bersikap negarawan dengan memberi peluang kepada parti pembangkang lain untuk bertapak dan menguatkan parti mereka.

"Baru-baru ini saya balik kampung di Johor dan ada orang Umno nak jumpa saya.

"Jadi saya buka pintu jumpa mereka dan berbincang. Kalau ikutkan hati saya boleh paksa mereka isi borang sertai Amanah.

"Kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke tempat saya jadi saya bagitahu beliau ada 300 ahli Umno nak sertai Bersatu.

"Kalau mahu jadi negarawan, msti betul-betul jadi negarawan. Kita mesti beri peluang kepada parti kawan untuk kukuhkan parti mereka untuk tumbangkan Umno BN," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional hari ini.

Sementara itu, Salahuddin memaklumkan Pakatan Harapan akan menerima penyertaan PPBM selepas 13 Disember ini.

Beliau berkata, ia akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang diadakan setiap bulan bagi membincangkan gerak kerja gabungan parti pembangkang itu.

"Pada 13 Disember ini kita akan mengadakan mesyuarat bersama Pakatan Harapan dan sama-sama kita berdoa agar Pakatan Harapan menerima Bersatu (PPBM) pada tarikh itu.

"Pakatan Harapan akan ada empat parti iaitu Amanah, DAP, PKR dan Bersatu. Inilah rumah baru Pakatan Harapan," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional hari ini.

Beliau berkata, Amanah bertuah kerana mempunyai pimpinan yang matang dalam berpolitik dan bersifat negarawan.

"Kita akan bekerjasama dengan Tun Mahathir walaupun ramai yang ingatkan kita supaya hati-hati dengan beliau, siapa tak kenal beliau.

"Tapi Amanah parti yang matang dan kita beruntung kerana memmpunyai presiden seperti Mohamad Sabu yang sangat matang dalam berpolitik," katanya.

Pada Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam 12 November lalu Mahathir dilaporkan berkata pihaknya akan menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyertai pakatan tersebut termasuk menjadikan pakatan itu sebagai satu entiti.

Tiada ulasan: