KAJANG: Pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang mendapat sokongan penuh pemimpin PAS dan DAP.
"Jentera (pilihan raya) kita dari awal lagi sudah bersedia. Kita sudah lancar minggu lepas dan mereka akan terus bekerja untuk memastikan BN kalah," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, PRK Kajang, semalam.
Jelas Hatta, PAS mengalu-alukan keputusan PKR untuk mengangkat Dr Wan Azizah sebagai calon Kajang bagi menggantikan Anwar.
Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun secara tergesa-gesa oleh tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu setelah didapati bersalah dalam perbicaraan yang memakan masa dua hari.
"Mungkin dalam PRK ini kita boleh mencapai target agar calon BN hilang wang deposit. Kalau ini berlaku kita berjaya membuatkan rakyat bersetuju bahawa masa depan mereka gelap jika terus menyokong BN," tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan