SPRM 
 SPRM


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah memulakan siasatan berhubung pembelian kereta Mercedes-Benz S300L oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Menerusi satu kenyataan media semalam, SPRM bertegas tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung siasatan ke atas pembelian tersebut.

Sehubungan itu, sebarang kenyataan media rasmi SPRM hanya akan dikeluarkan melalui portal SPRM sahaja iaitu www.sprm.gov.my.

Terdahulu dalam laporan sebuah laman web, SPRM dikatakan telah mula menyiasat pembelian Mercedes-Benz oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk kegunaan rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Laporan itu juga menyebut, SPRM cuba mengaitkan pembelian tersebut daripada Lowe Motor Sdn Bhd dengan taikun Tan Sri Tan Kok Ping yang dipercayai mempunyai saham dalam syarikat itu.

Selasa lalu, dalam keyataan sebuah akhbar, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait mengumumkan Guan Eng akan menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes Benz S300L bernilai RM657,218 tetapi kenderaan itu dapat dibeli dengan harga istimewa iaitu RM298,263.75 oleh kerajaan negeri.