Selasa, 21 Januari 2014

“SPR terus persempadanan semula & tambah kerusi, Bersih turun jalan raya”

KEADILAN DAILY

maria


KUALA LUMPUR : Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, sekiranya SPR masih meneruskan rancangan persempadanan semula dan penambahan kerusi dengan tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan, Bersih akan membuat momilisasi besar-besar dan turun ke jalan raya.

Demikian kata Maria dalam temubual eksklusif bersama Suara Keadilan ketika ditanya mengenai rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan persempadanan semula dan penambahan kerusi Parlimen.

Kata Maria, SPR pernah membuat penambahan kerusi sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2003 dan 2005.

“Pada tahun 2003 berlaku penambahan kerusi Parlimen di Dewan Rakyat dari 199 kerusi kepada 219 kerusi. Manakala pada tahun 2005, dari 219 kerusi kepada 222 kerusi

“SPR menambah kerusi parlimen tanpa mengubah Perlembagaan. SPR tambah jumlah kerusi dahulu, kemudian barulah pinda Perlembagaan!

“Ini salah. Sudah dua kali mereka ubah kawasan pilihan raya dan tambah kerusi. Dua kali SPR terlepas tanpa bantahan rakyat.

sk_157

“Kali ini, jika SPR teruskan cadangan penambahan kerusi kita akan bantah untuk hentikan,” kata Maria kepada Suara Keadilan.

Menjangkakan langkah itu bakal dilakukan SPR dalam tempoh dua tahun, Bersih kini bersiap sedia termasuk mengambil tindakan undang-undang bersesuai termasuk injunksi mahkamah untuk menghalang persempadanan semula dan tambahan kerusi di Parlimen.

“Selepas rundingan (consultation), bantahan awam, perbahasan di Dewan Rakyat dan tindakan undang-undang, namun jika SPR masih mahu teruskan rancangan ini, Bersih akan turun ke jalan raya,” tegas Maria.

Temubual eksklusif bersama Maria Chin boleh diperolehi dengan mendapat akhbar Suara Keadilan edisi 157 yang kini berada di pasaran sekarang.

Untuk tempahan sila hubungi talian 03-92211045 atau faks ke 03-92212045.

Akhbar Suara Keadilan diterbitkan setiap minggu, 32 muka surat penuh dengan maklumat,
pendedahan dan laporan aktiviti Parti KEADILAN Rakyat selain isu-isu politik di seluruh negara.

Sebarang pemakluman program dan kenyataan media, boleh menghubungi kami melalui emel skeadilan@gmail.com.

Tiada ulasan: