Basyar Abkadir
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammed Bukhairy Sofian menegaskan, mahasiswa akan terus memberi tekanan kepada kerajaan minoriti Umno-BN.
“Ini baru di peringkat permulaan. Ini baru isyarat kepada kerajaan supaya mereka sedar orang bawahan ini susah,” kata Bukhary ketikia ditemui Keadilandaily di Dataran Merdeka malam tadi.
“Kalau kerajaan masih melaksanakan mahu GST, masih mahu meneruskan kenaikan harga barang, kita (mahasiswa) akan datang memprotes lagi dan terus beri tekanan kepada kerajaan,” tegasnya.
“Kerajaan terlalu banyak mambazirkan wang rakyat. Contohnya untuk sambutan tahun baru 2014 kerajaan membelanjakan RM15 juta.
“RM15 juta itu datang dari rakyat. Jadi perlu disalurkan kepada kebajikan rakyat secara menyeluruh.
“Bukan semata-mata untuk tahun baharu sahaja,” katanya.
Himpunan membantah kenaikan harga barang sempena sambutan tahun baru 2014 di Dataran Merdeka malam tadi menyaksikan kehadiran lebih 10,000 peserta yang terdiri dari pelbagai kaum dari semua peringkat umur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan