Pengguna kad Touch 'n Go masih boleh menebus rebat tol 20%. - Gambar The Malaysian Insider.
Kerajaan
masih belum mengumumkan rebat 20% Touch 'n Go dihentikan pada tahun ini
bagi pengguna yang menggunakan kad tersebut sebanyak 80 kali sebulan,
kata jurucakap syarikat tersebut.
Katanya, tiada arahan daripada pihak Kementerian Kerja Raya seperti yang pernah dilaporkan media sebelum ini.
“Selagi masih belum ada arahan daripada pihak kerajaan, program rebat itu masih kekal.
“Pemegang kad Touch ‘n Go boleh menebus rebat bulanan mereka dalam
tempoh enam bulan. Walau bagaimanapun, penebusan tidak boleh dilakukan
pada 10 hingga 14 haribulan setiap bulan kerana itu merupakan tempoh
pengiraan rebat,” katanya kepada The Malay Mail.
Jurucakap itu turut menafikan dakwaan bahawa maklumat berkenaan tidak jelas serta tidak dinyatakan dalam laman sesawang TnG.
Katanya, pihak TnG menyediakan maklumat terperinci, termasuk senarai
136 kaunter jualan kepada pengguna yang mahu melakukan penebusan.
Program rebat itu yang mula diperkenalkan pada September 2009
membolehkan pemilik kad TnG menebus 20% rebat tol dengan penggunaan
minimum sebanyak 80 kali.
Akhbar Sinar Harian melaporkan pada Isnin, pengguna kad TnG diingatkan
untuk menebus rebat tol pada 31 Disember, hari terakhir tahun 2013.
Sebelumnya, akhbar itu melaporkan TnG tidak mempunyai kuasa untuk
menentukan sama ada tawaran rebat sebanyak 20% bagi pengguna lebuhraya
diteruskan atau dimansuhkan.
Katanya, jika kerajaan ingin mengambil langkah memansuhkan rebat tersebut, ia boleh dilakukan tanpa sebarang notis.
“Memandangkan ini adalah hadiah daripada kerajaan kepada rakyat, jadi
itu hak mereka untuk teruskan atau sebaliknya. Pengurusan Touch ‘n Go
tidak berhak memberi sebarang kenyataan berhubung hal ini,” katanya.
Rebat TnG termasuk dalam 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan 100 hari pemerintahannya
sebagai perdana menteri pada 11 Julai 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan