Selasa, 14 Januari 2014

Pejabat agama Segamat siasat penyebarab fahaman syiah

FREE MALAYSIA TODAY

Aduan seorang wanita dari Rompin yang mendakwa dia pengikut fahaman itu




SEGAMAT:Pejabat Agama Daerah Segamat sedang menjalankan siasatan rapi untuk mengesan pengikut Syiah yang didakwa giat menyebarkan fahaman berkenaan di daerah ini sejak beberapa bulan lepas.

Kadi Daerah Segamat Sulaiman Maidin berkata gerakan itu dilancarkan susulan aduan seorang wanita dari Rompin, Pahang, yang mendakwa dia pengikut fahaman itu daripada seorang penggerak di Segamat.

“Kita sedang menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang mereka daripada terus mempengaruhi umat Islam,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Segamat, di sini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Agama Daerah Segamat dalam masa yang sama sudah mula menjelajah ke-62 masjid di seluruh daerah berkenaan bagi memberikan penerangan berhubung fahaman Syiah.

Terdahulu, dalam ceramahnya pada sambutan berkenaan, Sulaiman menerangkan antara ciri-ciri ajaran Syiah adalah mengkafirkan umat Islam yang tidak mahu mengikut fahaman mereka dan tidak beriman kepada 10 sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap golongan berkenaan yang mempunyai kepentingan peribadi dan nafsu semata-mata seperti menghalalkan nikah mutaah dengan bayaran mas kahwin RM2 sahaja.- Bernama

Tiada ulasan: