Sabtu, 11 Januari 2014

Kes Altantuya: Hukuman harus diteruskan tanpa keterangan Musa Safri, kata Putrajaya

Oleh V ANBALAGAN, Penolong Pengarang Berita

Dua polis yang dituduh membunuh Altantuya Shaariibuu, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar di luar mahkamah selepas Mahkamah Rayuan menerima permohonan mereka, tahun lalu. Gambar fail.Dua polis yang dituduh membunuh Altantuya Shaariibuu, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar di luar mahkamah selepas Mahkamah Rayuan menerima permohonan mereka, tahun lalu. Gambar fail. 





























Walaupun tanpa keterangan pembantu Datuk Seri Najib Razak, Mahkamah Rayuan harus tetap menjalankan hukuman kepada dua komando polis terhadap pembunuhan peragawati warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam rayuan Putrajaya ke atas sabitan dua pegawai polis itu, pembantu Najib, DSP Musa Safri tidak diperlukan di mahkamah untuk memberikan keterangan kerana beliau bukan orang terpenting dalam kes ini.

Dalam petisyen rayuan yang difailkan pada 3 Januari, peguam negara menyenaraikan enam sebab mengapa ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan itu bersalah daripada segi undang-undang dan fakta bagi membenarkan anggota polis itu bebas daripada hukuman gantung.

Dakwaan dalam petisyen mengatakan walaupun tanpa Musa, semua keterangan dakwaan itu dibuat sewaktu perbicaraan mahkamah.

Mahkamah Rayuan pada 23 Julai tahun lalu memutuskan bahawa kegagalan pendakwa untuk memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap dua pegawai polis itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup berkata, Mahkamah Rayuan memutuskan kes harus ditarik balik kerana kegagalan untuk memanggil Musa bagi memberi keterangan.

Manoj berkata, afidavit bagi penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mendedahkan atas sebab inginkan ikat jamin, peranan Musa hanya setakat memperkenalkan beliau kepada ketua polis Bricksfield.

"Setelah itu, Musa tidak mempunyai sebarang peranan untuk dipanggil sebagai saksi. Tambahan lagi, Azilah memberitahu mahkamah bahawa sebarang tindakan atau keputusan adalah kehendak beliau sendiri.

"Sedangkan Sirul sendiri yang memberikan kenyataan di mahkamah berkata bahawa Musa tidak ada kaitan mahupun memberikan sebarang arahan," kata Manoj dalam petisyen rayuan sepanjang 10 muka surat itu.

Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuan mereka terhadap keputusan hukuman Mahkamah Tinggi diluluskan oleh Mahkamah Rayuan.

Dua pegawai polis yang sebelum ini bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya pada 2006.

Razak, yang merupakan kekasih Altantuya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 atas sebab subahat tanpa dipanggil membela diri.

Namun, ketika perbicaraan berlangsung, mahkamah diberitahu bahawa Razak yang menjadi rakan Najib, meminta pertolongan Musa kerana sudah tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.

Manoj berkata, sebab kedua adalah mahkamah rayuan tersalah faham apabila para hakim menekankan bahawa nota hakim perbicaraan tidak membincangkan sama ada tertuduh mempunyai niat yang sama untuk membunuh.

"Mahkamah Rayuan menganggap tiada rancangan awal daripada tertuduh oleh kerana hakim perbicaraan tidak membuat analisis mendalam mengenai perkara itu," katanya.

Manoj berkata, sebab ketiga ialah Azilah memberikan notis membuktikan beliau tidak berada di tempat jenayah menjadikan rayuan mahkamah memindahkan beban kepada bukti dakwaan.

Dalam pembelaannya Azilah berkata, beliau ketika itu berada di Bukit Aman dan hujah pendakwa adalah pembela harus membawa saksi untuk menyokong alibi.

Manoj berkata, catatan dalam buku diari masuk bukan merupakan bukti bahawa Azilah berada di Bukit Aman.

Katanya, sebab keempat ialah Mahkamah Rayuan juga tersilap ketika menolak ketepatan rakaman panggilan telefon yang dikemukakan saksi daripada syarikat telefon bimbit.

Dalam Mahkamah Tinggi, pihak pendakwa menyerahkan bukti catatan tarikh untuk membuktikan pergerakan Azilah pada malam pembunuhan.

Bagaimanapun, pembela berkata bukti tersebut harus ditolak atas sebab ia diubah suai lantas keaslian data tersebut menjadi tanda tanya.

Manoj berkata, sebab kelima ialah menyentuh informasi yang diberikan kedua-dua tertuduh yang menyebabkan penemuan polis kepada barangan milik Altantuya dan tempat sebenar jenayah itu dilakukan.

Pendakwa berkata, informasi diberikan daripada kedua-dua yang dituduh secara sukarela manakala pihak pembela pula berkata polis sudah mendapat tahu informasi itu terlebih dahulu dan membawa Azilah dan Sirul ke tempat jenayah hanyalah sebuah 'drama'.

Manoj berkata, sebab keenam adalah kerana mahkamah rayuan tidak mempertimbangkan bahawa Sirul memiliki bahan letupan jenis C4 yang beliau boleh perolehi dari tempat kerja.

Katanya, bukti yang dikumpulkan serta laporan pakar patologi yang mengatakan mangsa mati kerana letupan membuktikan Sirul memiliki bahan letupan itu.

Peguam utama Sirul, Datuk Hazman Ahmad, berkata Mahkamah Persekutuan akan menetapkan tarikh rayuan melalui pengurusan kes.

Bagi memastikan penyelesaian kes yang cepat di Mahkamah Persekutuan, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, berkata rayuan penjenayah akan dilakukan tiga bulan selepas laporan rayuan lengkap diterima.

Azilah dan Sirul didakwa membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam di antara jam 10 malam pada 19 Oktober sehingga 1 pagi pada 20 Oktober 2006 sementara Razak pula didakwa atas tuduhan bersubahat.

Razak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 selepas pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Enam bulan kemudian, Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman mati namun pada 23 Ogos 2009, sebelum Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan membebaskan mereka atas sebab kekurangan bukti. -

Tiada ulasan: