Isnin, 6 Januari 2014

Najib sudah hilang segala-galanya, ubahlah

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Dalam isu kalimah Allah yang menjadi isu perkelahian pada hari ini, terbitnya tidak lain dan tidak bukan kerana ‘vacuum’ yang besar dan meluas di kalangan kepimpinan negara.

“Jika kita mempunyai kepimpinan yang kuat dan dihormati isu ini tidak akan pernah timbul seperti yang kita semua alami sebelum ini,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Baginya, isu ini hanya timbul apabila politik negara begitu lemah dan tidak ada tanda-tanda yang Perdana Menteri sendiri boleh menyelesaikannya.

Menurutnya, PM Najib seolah-olah tidak memahami atau mengakui yang isu ini adalah lebih besar dari isu ekonomi dan isu-isu lain jika benar-benar hendak melihat kita mendiami negara yang maju dan ternama.

“Isu ini jika tidak dapat diselesaikan ia boleh membawa kehancuran kepada fabrik politik negara kita yang kita sayangi ini, tetapi pimpinan kita tidak membuat apa-apa untuk menyelesaikannya mungkin kerana tidak nampak jalan untuk penyelesaiannya,” tulisnya lagi.

Menurutnya lagi, tetapi yang pastinya ia adalah kerana kelemahan dan ketidak adanya maya kepada barisan kepimpinan kerajaan hari ini.

Tiada ulasan: