Wilfred Yong adalah orang yang dikenali ramai
sebagai pemimpin MCA yang amat rapat dengan Menteri Kemajuan Luar
Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dan pernah menjadi pegawainya.
KOTA KINABALU: Pemilihan Ketua Bahagian MCA Sepanggar, Wilfred Yong Chen Long sebagai Pengerusi Perhubungan dan Jawatan Kuasa MCA negeri Sabah yang baru telah memeranjatkan ramai pemerthati politik di Sabah.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan senarai pengerusi-pengerusi perhubungan seluruh negara selepas mesyuarat Central Committee (CC) yang pertama, di ibu pejabat MCA semalam.
Ramai penganalisis politik meramalkan Datuk Paul Kong Sing Chu bakal dilantik kerana dia satu-satunya pemimpin MCA Sabah yang menang dalam pemilihan CC parti MCA baru-baru ini dan kedudukan dalam parti yang lebih senior berbanding dengan Wilfred Yong.
Saya berjaya menghubungi beberapa pemimpin MCA Sabah termasuk Datuk Paul Kong untuk meminta reaksi berhubungan dengan pemilihan yang dibuat Datuk Liow Tiong Lai, namun mereka enggan memberi sebarang komen. Seorang dari pemimpin MCA Sabah itu hanya berkata “Itu hak mutlak dan prerogatif presiden parti melantik siapa dia rasa sesuai jadi pengerusi MCA negeri”.
Bila penulis memberitahu bahawa Wilfred Yong adalah orang yang dikenali ramai sebagai pemimpin MCA yang amat rapat dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dan pernah menjadi pegawainya, pemimpin MCA itu cepat-cepat menjawap “no comment and please dont quote me.TQ” dan memutuskan perbualan telepon.
Isu pemilihan pengerusi MCA Sabah mendapat perhatian kerana ada pendapat yang mengatakan MCA perlu mendapat restu dan persetujuan daripada Pengerusi Perhubungan BN negeri Sabah terlebih walaupun pemilihan pengerusi perhubungan adalah prerogatif presiden MCA Pusat. Apakah pemilihan Wilfred Yong dipersetujui Datuk Musa Aman?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan