Sabtu, 25 Januari 2014

MB arah peguam jumpa Sin Chew Daily minta penjelasan dakwaan ‘letak jawatan’

Oleh : AFEEQA AFEERA


KLANG : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah mengarahkan peguamnya untuk mengadakan pertemuan bersama akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan beliau meletak jawatan yang dilapor akhbar itu baru-baru ini.

salah laporKata Abdul Khalid pertemuan yang akan berlangsung selepas sambutan Tahun Baru Cina itu adalah untuk menyelesaikan salah faham yang timbul berkenaan berita itu kerana ia mengelirukan rakyat.

Katanya isu perletakan jawatan tidak timbul kerana beliau berada di Pulau Carey, Selangor bersama ahli Exco dan pegawai kanan negeri untuk sesi percambahan minda semasa berita itu ditimbulkan.

“Spekulasi ini tidak baik dan kita minta penjelasan daripada Sin Chew bagaimana cerita itu boleh timbul kerana ia akan menyusahkan dan mengelirukan rakyat.

MB CNY“Minggu depan kita akan jumpa mereka supaya bila ada jawapan kita akan selidik,” kata Abdul Khalid selepas menghadiri program Jom Shopping peringkat DUN Pelabuhan Klang di Giant Bukit Tinggi, di sini hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri mengagihkan sebanyak 400 kupon bernilai RM100 setiap satu kepada 56 DUN untuk program Jom Shopping Tahun Baru Cina pada kali ini.EZY

Tiada ulasan: