Khamis, 2 Januari 2014

Dua pemimpin Bible Society dibebaskan

MALAYSIAKINI




 Pengerusi Bible Society Malaysia (BSM) Lee Min Choon dan pengurus pejabatnya Sinclair Wong dibebaskan di Balai Polis Damansara hari ini selepas 90 minit di balai polis itu ekoran rampasan Bible berbahasa Melayu dari pejabat mereka di Damansara.

Polis memaklumkan kepada kedua-dua pemimpin persatuan itu supaya melaporkan diri kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 10 Januari ini bagi membantu siasatan sekalipun masih belum jelas sama ada tuduhan akan dikenakan kerana memiliki kitab itu.

Mereka dijamin kepada setiausaha agung BSM Simon Wong dan Lee kemudiannya berkata beliau "terkejut" dengan serbuan yang tidak konsisten dengan penyelesaian 10 perkara kerajaan kepada kumpulan Kristian pada 2011.

Lee dan Sinclair disiasat bawah Enakmen Bukan Islam Selangor (Pengawalan perkembangan terhadap Orang Islam) 1988, yang melarang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah'.

Tiada ulasan: