Khamis, 2 Januari 2014

Majlis gereja: Kamu tiada kuasa masuk premis non-Muslim

MALAYSIAKINI





Majlis Gereja Malaysia (CCM) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghentikan serbuan pihak berkuasa agama Islam terhadap agama lain pada masa akan datang.

Setiausaha Agung CCM Hermen Shastri berkata pihaknya bimbang dengan apa yang berlaku terhadap Bibles Society of Malaysia (BSM), sejurus bermulanya tahun baru ini.


"CCM percaya pihak berkuasa agama Islam tidak mempunyai kuasa dalam undang-undang untuk memasuki premis sah penganut bukan Islam untuk tujuan pemeriksaan, penyelidikan atau serbuan.

"Perlembagaan Persekutuan bawah Artikel 11(3) menjamin hak komuniti agama di Malaysia untuk memperkukuh dan mengekal institusi serta premis bebas mengamal dan mentadbir hal ehwal mereka.

"CCM menggesa PM, menteri besar Selangor dan anggota Parlimen yang beragama Kristian bertindak segera untuk menghentikan tindakan sedemikian dan serbuan pada masa akan datang," kata Hermen dalam kenyataan.

Pejabat BSM di Petaling Jaya hari ini diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebanyak 321 Bible versi bahasa Melayu dalam 16 kotak dirampas.

Tiada ulasan: