Selasa, 21 Januari 2014

Kalimah Allah: Najib ada rujuk Majlis Fatwa?

MALAYSIAKINI

PAS menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar menjelaskan jika Majlis Fatwa Kebangsaan dirujuk sewaktu beliau membenarkan kalimah Allah diguna penganut Kristian Sabah dan Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Najib menjelaskan perkara itu susulan titah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tentang hak eksklusif penggunaan kalimah itu oleh penganut Islam.

“Saya minta Najib nyatakan pendirian mengenai isu kalimah Allah ini. Apakah dia nak membatalkan kebenaran penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak atau sebaliknya?

"Saya nak tahu apakah tindakan Najib membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dirujuk dahulu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian, memandangkan kerajaan menerusi Penyelesaian 10 Perkara membenarkan kalimah Allah digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan: