Azuan Ab Rahman
KUALA
LUMPUR: Tindakan kerajaan menarik sebahagian subsidi kepada
rakyat dikenalpasti punca meningkatnya inflasi, kata ahli panel ekonomi
Institut Rakyat, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin.
Beliau mengunjurkan inflasi akan naik sekitar 3.5 peratus bagi 9
bulan pertama tahun ini yang diukur berdasarkan indeks harga pengguna
(CPI).
“Jika tidak ditangani segera akan menyebabkan kuasa beli rakyat
semakin menyusut dan menyebabkan pengguna mengambil sikap berhati-hati,”
kata Azrul (gambar) kepada Keadilandaily.
Tambahnya ia memberi kesan negatif terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang akhirnya menyebabkan ekonomi negara lembab.
“Berdasarkan peningkatan CPI, saya menjangkakan unjuran tahap inflasi
negara pada 2014 sekitar 3-4 peratus, dimana 9 bulan pertama kadar
inflasi saya ramalkan akan lebih dari 3.5 peratus.
“Peningkatan ini berpunca dari tindakan kerajaan mengurangkan subsidi
terutama berkaitan bahan bakar seperti LPG, petrol dan disel selepas
Barisan Nasional menang pada pilihan raya lalu,” katanya.
Kerajaan menurutnya membentangkan belanjawan tidak bertanggungjawab
tanpa mempedulikan nasib rakyat walaupun tahu kesan yang bakal
ditanggung.
“Semasa membentangkan belanjawan kerajaan harus tahu kesan pengurangan subsidi kepada rakyat.
“Seharusnya ada pelan pemulihan bagi mengatasi masalah berkaitan
langkah tersebut seperti (dicadangkan dalam belanjawan (alternatif)
Pakatan Rakyat,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan