Selasa, 14 Januari 2014

Exco Selangor Desak Jais Pulangkan Bible

alt

Syafiq Syazwan

 
SHAH ALAM  - Exco kerajaan Selangor terus mendesak Jabatan Agama Islam (JAIS) untuk memulangkan Bible yang dirampas dari Persatuan Bible Malaysia (BSM) baru-baru ini.

Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, sungguhpun terdapat tekanan dari kerajaan negeri namun pihaknya tetap akan menjalankan siasatan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) dengan terus menyimpan dokumen tersebut bagi sisatan lanjut.

"Saya tidak mahu cakap mengenai isu Bible ini tetapi kita masih perlu menyimpan Bible tersebut untuk siasatan lanjut. Kita telah mengikut SOP negeri dan SOP baru bagi tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Beliau kemudiannya enggan mengulas mengenai tempoh yang diperlukan bagi menyiapkan siasatan tersebut.

"Ianya seperti siasatan-siasatan lain. Kita tidak pasti untuk membawa perkara ini kepada mahkamah atau mereka ingin membawa kita ke mahkamah," ujarnya.

Sejumlah 321 Bible dirampas awal tahun ini ekoran menggunakan kalimah 'Allah' bagi mentafsirkan di dalam Bible berbahasa Melayu.

JAIS semenjak peristiwa tersebut mendapat tekanan banyak pihak terutama dari BSM.

Tiada ulasan: