Selasa, 14 Januari 2014

Bina Gereja:PAS Tg Karang Akan Serahkan Memo Bantahan

rakyatnews gereja
 
Mahirah Zakaria
 
 
KUALA LUMPUR  - Pas Bahagian Tanjung Karang akan menyerahkan memorandum kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi menunjukkan tanda bantahan terhadap pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang.
 
Ketua Pemudanya,  Muhd. Jafaruddin Sheikh Daud berkata, pihaknya tidak akan mengadakan demostrasi seperti yang dilakukan pihak lain sebelum ini tetapi akan terus menyalurkan bantahan kepada jabatan kerajaan.
 
"InsyaAllah, pihak kami juga akan mengemukan bantahan terhadap pembinaan gereja tersebut tetapi bukan dengan mengadakan demostrasi tetapi akan terus kepada jabatan kerajaan iaitu kepada MDKS," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada RakyatNews bagi mengulas tindakan penduduk kampung berdekatan yang berhimpun secara aman di kawasan pembinaan bagi membantah pembinaan gereja tersebut Jumaat lalu. [ARTIKEL DI SINI]
 
Ditanya adakah memerandum tersebut bertujuan agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menarik balik kelulusan yang telah diberikan, Muhd. Jafaruddin menafikannya dan mempunyai alasan tersendiri.
 
"Kami tidak minta pembinaan gereja ini dibatalkan kerana ia tertakluk dalam akta kebebasan beragama. Cuma kami mahu pembinaan gereja ini dipindahkan ke kawasan yang penduduk majoritinya penganut agama Kristian.
 
"Ini pendirian kami. Kami meminta agar gereja dipingahkan ke kawasan yang wajar kerana kawasan yang sedia ada ini majoriti penduduknya beragama Islam," tambahnya lagi.
 
Muhd. Jafaruddin turut berkata, pihaknya akan mengumpulkan sebanyak 1000 tandatangan penduduk kampung bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap memeorandum bantahan yang akan diserahkan kepada YDP MDKS,Noraini Roslan kelak.

Tiada ulasan: