Selasa, 14 Januari 2014

Baru Ku Tahu , Selama Ini Kangkung Pun Mahal !


Oleh WFAUZDIN NS


AKU tak tahu nak tulis apa hari ini kerana masih teruja dengan sambutan "Hari Kangkung SeMalaysia" yang disambut rata-rata oleh seluruh rakyat Malaysia.  Hampir 99.9% warga FB menyambutnya dengan berbagai cara dan itu merupakan satu kejayaan di dalam 'tranformasi' Najib.

Hari ini juga radio KOBAT FM yang aku kendalikan pagi tadi mulai siaran dengan Mukaddimah "Salam 1 Kangkung".  Begitulah popularnya pengumuman Najib semalam yang tentunya membuatkan 47% rakyat Malaysia akan mengadakan kenduri kesyukuran di atas keprihatinan Najib meringankan beban hidup rakyat Malaysia apabila menurunkan harga kangkung dan bayam.
Secara tiba-tiba kangkung sejenis tumbuhan yang hidup kadangkala meliar di tepi-tepi parit dan paya menjadi 'glamour' tidak kalah dengan glamournya "tok peti Bughah".  Di dalam kita sibuk memperdebatkan isu Kalimah Allah terutamanya berkaitan dengan rampasan Bible di Selangor oleh JAIS, Najib lebih tertumpu untuk memikirkan tentang kangkung.  
Jika dulu ada Profesor Kangkung, kini kita ada PM kangkung.  Satu lagi kejayaan dan sejarah yang dicipta di bawah Najib.  
 
Apabila Najib beritahu kangkung telah turun harga, baru kita sedar selama ini harga kangkung rupanya mahal.  Bayangkan, tumbuhan yang hidup di tepi-tepi longkang dan paya dijual dengan mahal di negara ini sehingga kelmarin diumumkan turun harga.  
 
Jika Najib tidak umum turunnya harga kangkung, aku pun tidak tahu bahawa kangkung pun mahal rupanya.http://wfauzdin.blogspot.com/

Tiada ulasan: