Oleh Mohd Sayuti Omar
Semasa ramai orang teruja dengan penampilan Najib Razak sebagai pemimpin, memegang jawatan tertinggi negara sebagai perdana menteri, saya mengambil sikap selamba sahaja dengan kebolehannya. Kenapa, apakah saya membencinya? Tidak. Semuanya kerana saya melihat perjalanan sejarah hidup dan perjuaannya di dalam Umno. Dari situ saya menilai dengan akal saya apa-apa keistimewaan yang ada kepadanya dan apa yang beliau boleh lakukan sebagai pemimpin nombor satu negara.
Dalam mata saya Najib tidak mempunyai apa-apa keistimewaan yang boleh patut meletakkan dia ditempat dia berada hari ini. Apa yang ada kepadanya hanya memiliki keluarga bangsawan dan dia sendiri adalah putera dalam sebuah keluarga bangsawan. Ayah dan ibunya adalah anak bangsawan.
Najib tidak ada modal diri (aset) yang besar untuk dijadikan cagaran untuk dia menjadi pemimpin seperti gagasan, rekod kepimpinan lampau dan sebagainya. Dia hanya memiliki itu saja. Dia seorang bangsawan. Najib pernah kecewa dengan panggilan ini, dan menafikan, dia menerima dia adalah anak biasa sahaja. Bekas setiausaha politiknya Fatmi Che Salleh pernah menjelaskan hal ini kepada saya, dan menghuraikan yang Najib bukan seorang bangsawan. Tetapi sejarah dan DNA tidak dapat dinafikan, siapa dia sebenarnya.
Sebagai anak bangsawan Najib dipuja dan didendang dengan lagu-lagu perhambaan kepadanya. Dia dilindungi dan ditantang bagaikan minyak penuh. Anak petani, penoreka getah, anak nelayan sangat memuja dan terpsona dengannya. Sifat dan perangai semula jadi orang Melayu, akan menyanjung anak bangsawan, sedia menjadi hamba dan kuli. Kalau Najib masuk ke kampung orang kampung akan meletaknya atas tandu dan ramai-ramai dan bergilir-gilir mengusung Najib takut terpijak tahi ayam monir.
Dalam satu buku saya, saya pernah persoalkan mengenai kebolehan Najib untuk menjadi seorang pemimpin berdasarkan latar belakang dan sejarah hidupnya. Saya melihat Najib tidak mampu memenuhi keperluan sebagai seorang pemimpin untuk membela rakyat seperti di Malaysia ini khasnya orang Melayu rata-rata masih miskin dan setengahnya berfikiran primitif. Agumen saya mudah sahaja, Najib tidak pernah tahu hal kehidupan orang bawah, soal kemiskinan, penderitaan dan sebagainya tidak pernah dikecapi dengan lidah kehidupannya.
Hujah saya, macam mana Najib hendak merasai denyut nadi rakyat semua itu sedangkan dia tidak pernah melaluinya. Najib tidak pernah digigit pacat, lintah dan nyamuk. Jadi rasa-rasa, kemiskinan dan kesengsaraan dia tidak tahui sebab dia bangsawan. Dia tidak pernah memakan pisang tenggala rebut, beras jemah atau pun ubi setelor bakar. Apa yang dia makan ialah kek dan ayam goreng.
Sebagai anak bangsawan juga Najib tidak pernah melaku dan menguruskan sendiri hal-hal dirinya; pakai kasut, amabil makanan, kacing baju dan sebagainya semua dilakukan oleh abdi atau amah. Saya percaya kalau Najib meminta agar ada orang membasuh duburnya, ada puteri Umno dari kampung pedalaman yang mahu berbuatnya.
Kalau pun Najib mengetahui dan cuma memahami sifat, rupa diri dan kesangsaraan orang miskin hanya melalui novel dan hikayat atau menonton filem-filem dokumatasi di zaman ayahandanya, Razak Hussein. Itu sahaja. Dan kalau setakat menonton dan membaca, tanpa hayati sendiri sejauh mana sangat mengenalkan dia dengan erti kemiskinan dan kepayahan hidup.
Dari kronologi perjuangannya pula Najib tidak pernah berlatih untuk menjadi pemimpin. Najib tidak diacuakan dengan apa-apa wadah dan idealisme perjuangan. Dalam kontkes orang Melayu hanya dua saja menjadi matlamat, perjuangan demi bangsa dan Islam. Untuk bangsa apakah wadah perjuangan Najib? Apa yang dia tahu mengenai sejarah perjuangan orang Melayu. Dan apalah medan juang yang beliau pernah turuni?
Najib tidak pernah memasuki persatuan-persatuan yang sinonim dengan bangsa Melayu seperti bahasa dan kebudayaan. Dia tidak pernah menjadi mana-mana persatuan belia, sukan, ataupun seni mempertahankan diri. Malahan di zaman kecil dan remajanya dia bersekolah di sekolah Inggeris dan di luar negara. Di universiti dia tidak pernah terlibat dengan gerakan pelajar yang membela isu-isu melibatkan rakyat dan negara. Isu-isu kemiskinan, kesusahan, jauh dari mindanya.
Pendeknya Najib tidak pernah ditanam dengan semangat agama dan bangsa. Pemikiran Najib adalah pemikiran sekular dan gaya orang mudah - orang kaya. Kalaupun dia mula mengenali nasionalis Melayu apabila dia menyertai Umno. Penyertaaan itu pun secara kebetulan sahaja selepas ayahnya meninggal dunia tahun 1976, apabila beliau dipilih menjadi calon pilihan raya kecil menggantikan ayahnya. Sebelum itu dia asing dengan Umno dan juga politik.
Dalam Umno, Najib naik bukan dengan mengharung perjuangan. Dia tidak naik dari bawah. Jauh sekali dengan melalui jalan-jalan berliku seperti pejuang bangsa lain. Dia naik di dalam Umno umpama masuk ke rumah tanpa membasuh kaki dan pecat kasut. Dia disung masuk ke dalam rumah Umno. Dari jawatan sebagai timbalan ketua pemuda Umno hinggalah kepada ketua, naib presiden, timbalan presiden dan presiden.
Najib melalui jalan mudah, atau pun diberi atas rasa hormat tinggi kepada jasa-jasa bapaknya. Jalan mudah itulah menyebabkan dia tidak sempat merasai apa itu perlawanan, apa itu perjuangan dan apa itu jatuh dan bangun dan seterusnya merasai keperitan dalam hidup.
Justeru bila dia menjadi PM, dia ambil mudah segala hal. Beliau melihat dengan mata tanpa menjamah sesuatu dengan anggota. Beliau juga tidak ada pemikiran besar yang hendak dibawa dan dikemukakan kepada negara. Dia hanya berteori dan beretorika saja. Sudah hampir lima tahun beliau jadi perdana menteri apa gagasan dan visi yang dibawa? Apa yang dilakukan hanya mencitpa slogan, 1 Malaysia dan transformasi. Setakat slogan tanpa pengisian sesiapa pun boleh lakukan.
Itupun transformasi dilakukan diragui oleh banyak pihak termasuk partinya sendiri. Cara Najib banyak menghabiskan wang negara dari mengembungkan perbendaharaan negara. Dia masih belum ada jasa dan budi membanggakan. Apa dilakukan asyik menjual budi dan bakti ayahnya membangunkan Felda. Di mana-mana dia pergi dia sering membangkitkan jasa dan bakti ayahnya.
Tindakannya memberi wang 1 Malaysia kepada rakyat untuk mendapat sokongan dikirtik oleh veteran Umno. Bekas ketua Penerangan Umno Malaysia, Hussein Ahmad tidak berkenan dengan cara Najib berpolitik yang disifatkan sebagai politik memelihara harimau yang mana akhirnya membahayakan diri.
Kata Hussein Ahamd cara Najib gunakan wang, mengumumkan projek itu dan ini untuk meraih sokongan tidak ubah seperti orang memelihara anak harimau yang kena memberi daging setiap hati. Politik itu kata Hussein bahaya kerana sampai satu peringkat Najib tidak mampu menyediakan daging menyebabkan harimau akan membahamnya setelah tiada makanan (habuan) lain.
Mahathir juga mengkritik penggunakan wang kerajaan oleh Najib untuk menagih undi. Walaupun beliau juga berbuat hal yang sama di eranya, tetapi nilainya tidak seteruk Najib. Najib terpaksa menggunakan wang kerana dia tidak ada nilai tambah untuk menarik perhatian rakyat.
Mahathir menyifatkan BR1M diperkenalkan Najib tidak memberi untung banyak kepada Umno dan ianya perbuatan sia-sia. Ini diukur kepada sokongan rakyat di dalam pilihan raya lalu di mana UBN mendapat 47% undi popular berbanding sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat melebihi 52%.
Apalah yang Najib sebagai anak bangsawan dapat lakukan melainkan mengamalkan politik mudah dan boros begitu?
Hari ini ketika rakyat di ambang dibaham kenaikan kos sara hidup ekoran langkah diambil Najib ia menzahirkan rupa diri dan mempamirkan akalnya yang sebenarnya. Semasa menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman kelmarin Najib menempelak rakyat yang asyik menyalahkan kerajaan dengan kenaikan harga barangan tanpa mahu melihat faktor-faktor lain.
Najib dalam ghairah membela dirinya menyebut, kerajaan telah membuat berbagai iniasitif untuk mengawal harga barangan dan ia sudah menampakkan kesan apabila harga kangkung sudah mulai turun. Najib menyebut kangkung sebagai membuktikan bahawa langkah transformasi dilakukan memberi kesan yang baik.
Kenapa Najib harus mengambil kangkung sebagai perbandingan? Apalah yang ada kepada kankgung sejenis sayuran itu. Kenapa tidak mengambil perkara lain. Mungkin kalau anda dapat menyelami apa yang hendak saya bercerita tentang Najib ini, anda tidak perlu merara lucu dan terkejut dengan perbandingan Najib itu, kerana setakat ituilah daya fikir Najib sebagai perdana menteri. Ia sepanjang akar kangkung dan setinggi pucuk kangkung saja.http://msomelayu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan