Khamis, 16 Januari 2014

9 KAFA menengah beroperasi di Selangor sebagai perintis

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM : Sembilan buah Sekolah Kafa Menengah sudah mula beroperasi awal tahun ini yang dilihat sebagai projek perintis kepada penubuhan banyak lagi sekolah terbabit.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata projek perintis itu selaras dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 yang mahu menubuhkan sekolah KAFA Menengah di seluruh kawasan negeri.

KAFA-Grafik

Katanya, Kerajaan Negeri dalam mesyuarat Exco pada September lalu meluluskan penubuhan di seluruh kawasan itu dan dilaksanakan berperingkat.

“Untuk permulaan ini dan sebagai projek pilot, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menubuhkan beberapa kelas Kafa peringkat Menengah di sembilan buah Sekolah Rendah Agama (SRA) sedia ada.

“Kami juga memutuskan sekolah ini akan beroperasi di sekolah sedia ada iaitu sebagai permulaan di SRA di Bukit Sentosa, Bandar Tasik Puteri, Sungai Buloh, Kampung Jalan Kebun, Bandar Bukit Puchong, Jalan Klang Lama, Telok Panglima Garang, Jalan Pandan Indah dan Kampung Sungai Udang,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK, di sini.

halimah ali EXCO MeetingHalimah berkata keputusan itu diambil berikutan dengan permintaan tinggi kepada sekolah menengah agama yang ketika ini kurang di Selangor.

“Pendidikan di KAFA Menengah adalah merupakan pendidikan alternatif kepada murid yang tidak berpeluang untuk mengikuti pengajian sekolah agama menenga negeri atau persekutuan.

“Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ketika ini hanya mendapat pendidikan Islam sekitar dua jam 40 minit bagi tingkatan empat dan lima manakala empat jam bagi tingkatan satu hingga tiga dalam seminggu.

“Jumlah itu tidak mencukupi untuk membina jati diri murid yang diharapkan berjaya dunia dan akhirat,” katanya.
Beliau berkata program KAFA Menengah itu akan dipanjangkan di KAFA Integrasi Negeri dan di masjid berkemampuan.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di talian 03-5514300 atau Ustazah Jamaliah di talian 019-3045157 atau Ustaz Jaafar 019-6964579.EZY

1 ulasan:

Kelembau berkata...

Isu kenaikn gaji guru KAFA kpd RM 1500 belum lagi ditunaikn, skrg buat cerita lain pulak ke Dr Halimah? Payah juga nak pegang cakap YB dr PAS ni