MALAYSIA CHRONICLE
PETALING JAYA, — Umat Islam harus menolak ugutan Persatuan
Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk membakar kitab Injil, kerana itu
perbuatan yang melampau untuk melindungi kalimah Allah, kata Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu berkata, Pakatan Rakyat (PR) tegas dalam melindungi kesucian agama Islam, dalam masa sama menolak sikap mempolitikkan agama dan perkauman.
“Kita boleh membantah jika Bible diedarkan kepada umat Islam, kita bersikap tegas dengan mahu mereka dibawa ke mahkamah tetapi perbuatan mengugut membakar Bible adalah melampau,” kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
“Sebagai orang Islam, kita perlu menjaga akidah kita, dalam masa sama akhlak kita seperti membanteras rasuah dan penipuan.”
Dalam sebuah perhimpunan Perkasa di Pulau Pinang, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru umat Islam bersatu dan membakar kitab Injil yang menggunakan nama Allah atau mana-mana perkataan Arab yang dikatakan khas untuk umat Islam.-themalaysianinsider.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan