Kata
orang, rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Begitulah yang
berlaku kepada penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), yang
berlangsung pada 6 Januari lagu.Pertukaran penyanyi Terukir Di Bintang
di saat akhir melibatkan penyanyi veteran, Uji Rashid dan Aizat
menimbulkan kontroversi.Apatah lagi, Uji dikatakan sudah membuat banyak
persiapan dan masih menjalani latihan, biarpun ketika itu, Aizat sudah
mendapat mandat untuk membawakan lagu berkenaan.
Kontroversi
yang masih belum senyap biarpun sudah hampir dua minggu malam kemuncak
berlalu, menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia
(Seniman), Zed Zaidi yang menuntut pihak TV3 memohon maaf kepada Uji.
“Saya
membuat kenyataan setelah melihat kronologi dan kenyataan-kenyataan
daripada mereka yang terlibat dengan isu ini. Mula-mula, Aizat mengakui
tidak tahu menahu dengan sebab pertukaran dan hanya menjalankan tugas
apabila diminta oleh Yuna.
“Kemudian
pihak TV3 sebaik majlis berakhir memaklumkan tidak mempunyai kuasa
untuk berbuat demikian, manakala Datuk Ramli M.S juga mengakui tidak
ada kuasa untuk menyingkirkan mana-mana penyanyi.
“Pada
pendapat saya pula, Aizat hanyalah mangsa keadaan dan yang perlu
bertanggungjawab di sini adalah pihak penganjur. Mereka sepatutnya
mengeluarkan surat rasmi atau memaklumkan lebih awal kepada kak Uji
mengenai pertukaran ini dan tidak menganiayai dia kerana apabila
pertukaran sudah di buat, dia masih tidak dimaklumkan mengenai perkara
itu,” katanya kepada Zass.
Menurut Zed, dia bukan sengaja untuk masuk campur dengan kontroversi ini, namun hanya memperjuangkan hak artis termasuk artis veteran apabila diperlakukan sedemikian.
Menurut Zed, dia bukan sengaja untuk masuk campur dengan kontroversi ini, namun hanya memperjuangkan hak artis termasuk artis veteran apabila diperlakukan sedemikian.
“Bagi
saya, ini adalah penganiayaan stesen televisyen kepada artis veteran
kita, apatah lagi, seperti yang kita ketahui, kak Uji sudah membuat
baju dan membuat persediaan yang lainnya. Ke semua itu melibatkan kos
dan bukannya dilakukan secara percuma.
“Saya bersuara kerana tidak mahu perkara ini terus berulang kerana ia secara tidak langsung membunuh artis veteran,” katanya.
Bawa kepada Suhakam
Zed berkata, dia juga merasakan tidak mustahil kemenangan Terukir Di Bintang pada AJL27 yang lalu, hanyalah untuk menutup aib.
Katanya,
dia berharap TV3 bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka
kepada Uji dalam masa terdekat. Jika tiada perkembangan, dia akan
menasihati Uji untuk membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (SUHAKAM).
“Saya
harap TV3 bersikap profesional dan ini juga melibatkan hak seorang
artis. Jika masih tiada perkembangan, kita akan bawa perkara ini kepada
Suhakam.
Uji
menganggap tindakan pihak di stesen televisyen TV3 yang masih tidak
memohon maaf kepadanya berhubung isu digugurkan daripada membuat
persembahan semasa Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) pada 6 Januari
lalu sebagai satu tindakan yang kurang sopan.
Uji atau
nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid, berkata, tidak kira stesen TV
atau mana-mana pihak, sewajarnya mereka harus mempunyai adab jika
ingin membuat keputusan terhadap sesuatu tindakan yang boleh
menyebabkan seseorang itu berkecil hati.
“Memang
kalau nak cakap secara kasarnya, pihak itu (TV3) agak kurang sopan.
Mereka tidak patut membuat saya atau sesiapa pun begitu.
“Sepanjang
38 tahun saya berada dalam industri muzik tempatan, peristiwa ini
antara kejadian paling teruk yang pernah saya hadapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan