Jumaat, 18 Januari 2013

Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!

Staff Berita Semasa
Mahathir Projek IC Sabah Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!

Orang asal Sabah lebih mengetahui apa yang berlaku daripada dahulu sehingga sekarang. Kalau nak diikutkan rentak politik di Sabah “unpredictable” sukar dijangka ibarat bom jangka yang bila-bila masa boleh meledak dan meletus.

Tetapi apa yang berlaku sekarang di mana berlangsungnya Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan Projek IC Sabah boleh kami katakan isu nasional. Sepatutnya diketahui oleh semua rakyat Malaysia kerana ia melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara sepertimana diperjuangkan oleh “sesetengah pihak”. Sekitar bulan September 2011, Wikileaks telah membongkar berdasarkan satu kabel rahsia seperti yang mana kami laporkan (DI SINI) mengenai projek IC Sabah ini. Itu cerita setahun setengah yang lalu di mana anda boleh semak dokumennya di sini…..

Wikileaks IC Sabah Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!
Sumber : Wikileaks (projek IC Sabah)

Kemudian kami sempat melakukan semakan terhadap data yang kami perolehi daripada laporan bancian penduduk Malaysia melibatkan (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak antara tahun 1970 sehinggalah 2010). (DI SINI SAMBUNGANNYA)

Bancian Penduduk Sabah 2013 Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!

Melihatkan data yang disediakan seperti grafik di sebelah ini, berlaku peningkatan sehingga 390% satu lonjakan pertambahan yang cukup besar dan sangat mendadak bersamaan pertambahan sebanyak 2.48 juta orang penduduk Sabah. 

Sedangkan negeri sebesar Sarawak pun, hanya mengalami penambahan penduduk sebanyak 148 peratus sahaja. Ini bermakna bilangan pertambahan penduduk negeri Sabah sebanyak 242% lebih daripada negeri Sarawak

Dan…sekarang ini sedikit demi sedikit maklumat mula didedahkan semasa berlangsungnya Suruhanjaya Diraja menyiasat disebalik dakwaan Projek IC Sabah ini.

Kronologi Suruhanjaya Di Raja Projek IC Sabah

Pemberi maklumat dan saksi dalam Suruhanjaya Diraja seperti Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil (bekas Penolong pendaftar JPN Sabah), Ramli Kamaruddin (bekas Pengarah JPN Sabah), Mohd Nasir Sugip (bekas Timbalan Pengarah JPN Sabah) tampil memberikan keterangan. Mereka-mereka pernah ditahan di bawah ISA kerana 1995 hingga 1999 kerana memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak. Mereka-mereka ini hanyalah orang-orang suruhan (ikan bilis sahaja). Siapakah “ikan jerung” yang berikan arahan kepada mereka? Di mana “ikan jerung” itu sekarang?
Antara pendedahan yang menggemparkan adalah :
  1. Berlakunya arahan peringkat tertinggi negara melibatkan Tun. Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri), bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub serta Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddinn (bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir) kepada pegawai JPN supaya mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994. Semunya dilakukan sekitar 1990an untuk menukar demografi negeri Sabah
  2. Lebih 100,000 surat beranak dikeluarkan bagi pendatang pada awal tahun 1990an.
  3. Pada 1993, sekitar 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang haram di Sabah. Dengan dana sekitar RM80,000 pegawai JPN Sabah diarahkan untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada Filipina, Indonesia dan pendatang Pakistan di Sabah.
  4. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberitahu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) sejumlah 66,682 warga asing di negeri ini telah diberikan kewarganegaraan sejak pembentukan Malaysia.
  5. Pengarah SPR Sabah pada tahun 1994 yang bernama Wan Ahmad Wan Yusof telah memberi arahan kepada JPN Sabah untuk memberi kad pengenalan kepada 16,000 pendatang haram Filifina & Indonesia untuk membolehkan golongan itu mengundi
  6. RCI juga didedahkan pendatang haram yang dipilih dalam “Projek IC Sabah” ini diklasifikasikan sebagai pengundi bumiputera Islam dalam suatu operasi yang digelar sebagai ‘Ops Durian Buruk’ di mana identiti mereka telah diubah termasuklah nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar dan gambar. Alasan yang diberikan, adalah untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah. Benarkah? Atau….
  7. Dan yang menariknya lagi, Suruhanjaya Di Raja telah dimaklumkan yang mana kebanyakan pendatang haram yang ditukarkan identitinya itu dan diberikan IC diagihkan kepada kalangan calon Barisan Nasional (BN) semasa berlangsungnya pilihan raya negeri tahun 1994. Adakah ia sama seperti apa yang berlaku dalam video di bawah ini di mana berlkau pada tahun 1995……
LIHAT VIDEO DI SINI
  • Tidak cukup dengan itu, pendatang haram ini diberikan RM20 di mana pendatang itu diajar mengundi, mereka dijemput dan dihantar dengan bas ke pusat-pusat pengundian.
  • Contohnya, bekas pelarian Filipina bernama Ismail Balaka mendedahkan yang beliau diberikan kad pengenalan biru tanpa memohon, tidak membuat pembayran malahan sudah 5 kali mengundi di Sabah. Hasilnya seperti yang anda lihat Sabah ketika ini….

Projek IC Sabah : Ya…Saya Mengaku. Tapi Tunku Lebih Teruk Daripada Saya!

Sebelum ini keluar dakwaan di sini mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, dituduh menerajui “Projek IC”, di mana kewarganegaraan diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka. Perjalanan Suruhanjaya Diraja masih lagi panjang, masih terlalu awal. Ada 167 saksi yang bakal berikan keterangan. Baru beberapa saksi memebrikan keterangan, tiba-tiba Tun Dr. Mahathir mengeluarkan kenyatan seperti di bawah ini :
  1. Apa yang berlaku dalam “projek IC” tersebut seperti yang didedahkan sebenarnya berlandaskan undang-undang dan Mahathir mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.
  2. Malahan Mahathir menemplak tindakan Tunku Abdul Rahman yang jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan. Ini kerana katanya Tunku Abdul Rahaman telah memberikan kewarganegara sejumlah 1 juta kepada warga asing.
Projek IC Sabah Najib Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!

Datuk Seri Najib Razak pun tidak mahu terlepas memberikan kenyataan apabila :
  1. Rakyat Malaysia sepatutnya berikan kredit kepada Barisan Nasional kerana menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja
  2. Jikalau jikalau kita memberikan IC kepada warga asing mengikut undang-undang, tak salah. Ini bukan satu isu besar.
P/S : Ini bukan kali pertama Tun Mahathir terlibat dalam skandal besar negara. Sebelum ini Tun Mahathir turut dikaitkan video “Corect, corect, corect” seperti yang kami laporkan (DI SINI). Walaupun dijalankan Suruhanjaya Diraja tetapi akhirnya kes itu telahpun “dikambus”

PP/S : Apa kata rakyat Sabah amnya dan rakyat Malaysia umumnya setakat Suruhanjaya Diraja yang sedang berlangsung ketika ini….

1 ulasan:

Sabuli berkata...

Ada kemungkinan laporan RCI kes pemberian IC kepada pendatang di Negeri Sabah yang dalam siasatan ini akan dicantas olih TUN M dan dikambus... yang penting terpulang kepada Rakyat SABAH yang bertindak sesuka yang mereka mahu, ini lah masa terbaik menetukan hasrat yang tersimpan jika ada berkaitan isu yang terpendam.Mungkin boleh mengharapka ada tindakan dari undang2 atas maklumat yang dikumpul olih RCI tetapi politik boleh dapat diandaikan sahaja.