| Harakahdaily, |
PETALING JAYA:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau terlibat
dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk memberikan keterangan
kepada inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang
asing di Sabah jika beliau dipanggil.Menurut Ketua Umum PKR itu, sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak terlibat secara langsung dalam hal tersebut.
Beliau menamakan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Aziz Shamsuddin, dan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, sebagai peneraju utama projek tersebut.
“Saya sedia memberi keterangan jika dipanggil, saya yakin bahawa tidak ada apa-apa dengan saya,” kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
“Saya yakin saya tidak mempunyai kaitan langsung,” kata Anwar.
Menurut ahli parlimen Permatang Pauh itu, projek IC tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu ‘task force’ dibawah Dr Mahathir selaku perdana menteri pada ketika itu.
“Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini,” kata Anwar dalam sidang media itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan