Rabu, 9 Januari 2013

Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Staff Berita Semasa 
 
Puspahanas1 Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Projek PUSPAHANAS : Kami sangat setuju jika syarikat bumiputera diberikan peluang untuk menerima limpahan kekayaan di negara kita termasuk pemberian projek yang samarata dan adil.

Walaubagaimanapun, berbermain di benak fikiran kami timbulnya persoalan, adakah daripada kebanyakan syarikat bumiputera yang berkemampuan dan boleh memikul amanah untuk menyiapkan projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (“Puspahanas”) milik Kementerian Pertahanan, hanya bumiputera yang bernama Raja Ropiaah Raja Abdullah (Ketua Wanita Umno Selangor) sahaja yang layak? Layakkah beliau?

Syarikat milik Ketua Wanita UMNO Selangor, Raja Sopiah Raja Abdullah ini bernama Awan Megah Sdn Bhd (“Awan Megah”) telah memperolehi projek yang lumayan bernilai RM100 juta bagi pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (“Puspahanas”) milik Kementerian Pertahanan melalui satu perjanjian bertarikh 8 Jun 2005 seperti yang anda akan lihat di ruangan galeri gambar di bawah ini nanti…

PUSPAHANAS Presint 1 Putrajaya Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Benarkah Awan Megah Sdn. Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor ini? (Boleh semak dokumen SSM seperti yang kami sertakan pada galeri gambar di bawah )

Projek penswastaan tersebut melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membina (design and build) sebuah kolej latihan tentera. Siapa yang meluluskan projek ini untuk diberikan kepada syarikat milik Ketua Wanita UMNO Selangor ini? Yang meluluskan projek ini adalah Menteri Pertahanan pada masa itu? Siapa Menteri Pertahanan pada waktu itu?
Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri Malaysia sekarang.
Projek PUSPAHANAS Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Yang menariknya, jikalau anda semak semula SSM syarikat ini, Awan Megah merupakan sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan. Maklumat kewangan yang terakhir yang difailkan dengan SSM adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 yang menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan apa-apa aktiviti. 

Dan bertambah menariknya, syarikat Awan Megah tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan mereka seperti mana rekod terkini SSM bertarikh 23 Mei 2012. Hebat + ajaib……

Ini bermakna, di antara tahun 1994 hinggalah sekarang, Awan Megah tidak mempunyai apa-apa transaksi dan kekal sebagai syarikat yang tidak aktif.
Tetapi masih mampu memperolehi projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (“Puspahanas”) bernilai RM100 juta. Hebat…..

Apabila syarikat yang tidak ada kemampuan dan pengalaman seperti Awan Megah diberikan projek besar, akhirnya mereka cuba untuk mendapatkan “rakan kongsi” untuk membiayai dan menyiapkan sepenuhnya projek itu. Nah…inilah yang dipanggil “Ali Baba”. Mudah benar buat duit sekarang.

Projek Kementerian Pertahanan Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Rakan kongsi” yang dipilih adalah sebuah syarikat bernama GuppyUnip Sdn Bhd. Syarikat ini hanya berjaya mendapatkan kemudahan kredit dari United Overseas Bank (UOB) yang diluluskan pada 21 Julai 2010, iaitu lima tahun selepas projek ini dianugerahkan kepada Awan Megah. Ini bermakna projek ini tergendala selama lima tahun gara-gara Awan Megah tidak mempunyai modal dan masih mencari-cari rakan kongsi.

Papan Tanda projek  Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Semakan dari surat kemudahan kredit GuppyUnip Sdn Bhd ini pula menunjukkan bahawa:
1. Keseluruhan modal sebanyak RM59.25 juta (iaitu pinjaman TL1 hingga TL4) adalah pembayaran bagi pihak Awan Megah
2. Pembayaran premium kepada Kerajaan Selangor bagi pindahmilik geran dan pertukaran status bagi tanah 223.33 ekar juga akan dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd
3. Kos bagi kerja-kerja penyediaan tapak untuk membangunkan tanah 223.33 ekar itu turut dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd
GuppyUnit Sdn Bhd bukanlah syarikat yang berpengalaman dalam bidang pembinaan. Semakan dengan SSM menunjukkan bahawa syarikat ini hanyalah ditubuhkan pada 9 Disember 2009 (dokumen SSM disertakan bersama).

Ketua Wanita Umno Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!

Lebih teruk lagi, syarikat ini ditubuhkan dan dikuasai oleh Cheong Chow Koh (melalui pegangan keluarganya dan syarikat utamanya Unip Berhad). Perniagaan utama Cheong Chow Koh melalui Unip Berhad adalah sebagai pengilang berus gigi (sila rujuk laman web www.unipberhad.com yang disertakan bersama). Syarikat berus gigi? Pernah dengar stadium runtuh? Pernah dengar bangunan parlimen bocor beberapa kali, pernah dengar projek ini… pernah dengar……dan lain-lain lagi.

Pernah dengar projek LRT Ampang yang bernilai RM1,012,910,000 dianugerahkan kepada syarikat yang hanya menjalankan perniagaan berasaskan meter paip air sahaja dan mempunyai sebuah kilang di Rawang, Selangor? (KLIK SINI UNTUK BUTIRANNYA)

Jadi tidak hairan.

UNiP Berhad Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor & Syarikat Berus Gigi Gagal Bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) RM100 Juta!
Sumber : www.unipberhad.com
 
Apabila sudah diberikan ruang dan peluang, beginilah hasilnya…
  1. Kalau anda pergi ke tapak pembinaan Puspahanas di Presint 1, Putrajaya sekarang ini iaitu sudah menginjak ke awal tahun 2013 hanya ada 2 daripada 12 bangunan utama sedang dibina oleh sub kontraktor yang dilantik dan kerja-kerja pembinaan hanya bermula dalam bulan Ogos 2011.
  2. Gambar-gambar di sekitar tapak pembinaan projek PUSPAHANAS seperti yang anda lihat gambar demi gambar pada laporan berita kali ini
Bagaimana Awan Megah Sdn Bhd. boleh siapkan projek walaupun perjanjian dimeterai dalam tahun 2005 lagi? Syarikat Awan Megah Sdn Bhd. sendiri pun tidak layak menerimanya. Tetapi bagaimana boleh dapat projek bernilai RM100 juta ini? Kamu pulangkan persoalan untuk dijawab oleh anda sendiri…..

Kalau diikutkan jadual seperti yang didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) projek ini mesti disiapkan antara :
  • Tarikh mula projek : 25 September 2008
  • Tarikh projek siap : 24 Januari 2011

Koleksi Gambar & Dokumen Penting Skandal Projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (“Puspahanas”)!

Sila “right click” dan tekan new tab untuk melibat setiap paparan gambar yang ada di bawah ini…
Dan setelah sekian lama berlalu, beratus juta RM bertukar tangan… inilah hasil yang diperolehi. Tidak adalah syarikat bumiputera lain yang lebih layak?

Tiada ulasan: