Jumaat, 4 Januari 2013

PKR dakwa Najib laku penyelewengan anugerah projek Puspahanas



 
PKR mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak melakukan penyelewengan dan salahlaku rasuah ketika menjadi menteri pertahanan kerana menganugerahkan projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta kepada syarikat yang didakwanya tidak layak.

NONESyarikat Ketua Wanita Umno Selangor,  Raja Ropiaah Raja Abdullah (kiri) itu - Awan Megah Sdn Bhd - mengikut carian Suruhanjaya
Syarikat, telah dorman sejak tahun 1993, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Rafizi berkata, ini bermakna, antara 1994 sehingga kini, Awan Megah tidak menjalankan apa-apa aktiviti dan kekal sebagai syarikat yang tidak aktif

Katanya, ia juga bermakna bahawa Najib sebagai menteri pertahanan ketika itu, telah menyalahgunakan kuasanya dengan menganugerah projek penswastaan bernilai puluhan juta itu pada tahun 2005 kepada Awan Megah, "apabila ia adalah jelas bukan sebuah syarikat pembinaan yang mampu menjalankan projek tersebut."

Tiada ulasan: