Sabtu, 12 Januari 2013

Peserta HKR berduyun-duyun memenuhi gerabak komuter & LRT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Gerabak komuter, LRT dan monorail sejak pagi tadi dipenuhi ribuan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk ke lapan lokasi berhimpun terpilih, sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

Mereka yang datang dari seluruh pelosok negara memilih pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Ada yang memilih untuk turun di Stesen Hang Tuah, Masjid Jamek, Pasar Seni, Bandaraya atau Maharajalela di ibu negara.

Suasana stesen hiruk pikuk dipenuhi peserta yang berpakaian warna warni tema sambil meniupkan trompet.



Orang Asal turut tidak ketinggalan untuk menyertai himpunan hari ini. Mereka tiba di Stesen KL Sentral dengan mengekalkan identiti mereka sendiri.

Kehadiran orang ramai dijangka bertambah dari masa ke semasa menggunakan pengangkutan awam hingga ke petang ini.

Perhimpunan rasmi di Stadium Merdeka akan bermula jam 2 hingga 5 petang.

Bagaimanapun pergerakan peserta dari tempat berkumpul menuju ke Stadium Merdeka bermula awal pagi tadi

Tiada ulasan: