Jumaat, 18 Januari 2013

Penentuan Calon BN Hampir Selesai

KL TODAY

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) hampir selesai membuat pembahagian kerusi dan memutuskan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau yang juga pengerusi BN berkata, parti itu juga sedang memberi tumpuan terhadap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya umum.


“Kita memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan pilihan raya…seperti mana kita sedia maklum masanya akan tiba tidak lama lagi untuk mengadakan pilihan raya umum.

“Semua parti komponen Barisan Nasional telah diberi panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara…soal pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional hampir selesai.

“Begitu juga dalam soal penentuan calon-calon sebahagian besar telah pun diputuskan,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN dekat sini, Khamis malam.

Tiada ulasan: