Khamis, 10 Januari 2013

Panduan Bagi Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat KL#112

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/hkl112.jpgKUALA TERENGGANU - Lujnah Mobilisasi Rakyat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah menyediakan dua dokumen senarai beberapa panduan penting kepada para peserta yang akan meneyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat KL#112.

Menurut Setiausahanya, Wan Sukairi Wan Abdullah, dokumen tersebut telah diedarkan melalui PAS Kawasan masing-masing bermula semalam.

Katanya, dokumen tersebut adalah Garis Panduan Kesihatan (First Aid) dan Panduan Menghadapi Polis dan Undang-undang yang amat berguna kepada para peserta KL#112.

"dua dokumen tersebut harus dibaca dan difahami untuk menjadi panduan kepada para peserta himpunan iaitu Garis Panduan Kesihatan (First Aid) dan Panduan Menghadapi Polis,

"ia amat penting kepada semua peserta suapaya perjalanan himpunan dapat dijayakan,"ujarnya ketika ditemui semalam, Rabu 9 Januari.

Beliau berkata, dokumen tersebut diedarkan bagi mempersiapkan diri para peserta bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya, walaupun pihak polis telah memberi jaminan tentang keselamatan perhimpunan namun apa sahaja boleh berlaku dalam himpunan yang begitu ramai kelak.

Oleh itu, beliau berharap para peserta, khususnya dari negeri Terengganu sentiasa mendengar arahan dari semasa ke semasa dan mewujudkan rangkaian komunikasi dalam kelompok kawasan masing-masing.

Beliau mengingatkan para peserta supaya sentiasa menjaga akhlak dan disiplin serta tidak putus hubungan dengan Allah SWT.

Dokumen panduan tersebut boleh dimuatturun melalui pautan dibawah;

Dokumen 1
Dokumen 2
Dokumen 3

Tiada ulasan: