Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sudah membuat permohonan
baru selepas permohonan asal ditolak kerana Pengerusi Penaja ketika itu, Datuk Zaid Ibrahim telah keluar PKR.
"Kami sudah kemukakan permohonan baru dan mempunyai rekod termasuk salinan surat, serta butiran mengenai pegawai RoS yang terlibat ketika permohonan kedua dibuat.
"Jadi, kenyataan beliau (Abdul Rahman) mengenai tidak menerima permohonan PR itu adalah bohong,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, sehingga kini, RoS gagal untuk mendaftarkan tiga komponen utama mereka iaitu PKR, Pas dan DAP sebagai satu parti gabungan.
Sebelum ini, Saifuddin dalam kenyataannya berkata, usaha permohonan gabungan itu belum menampakkan hasil apabila dipengerusikan Datuk Kamarudin Jaffar. Namun, hingga kini, PR tidak pernah mendengar apa-apa jawapan balas dan pihaknya tidak akan mengambil langkah untuk menekan RoS dalam hal ini meskipun wujud kes-kes tertentu di mana begitu mudah sesebuah pertubuhan itu diluluskan pendaftarannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan