Sabtu, 19 Januari 2013

MB : Kerajaan Pusat Memihak Kepada SYABAS Bukan Rakyat

Konvensyen Days Saing Komoditi 01

KUALA LUMPUR  : Kerajaan Pusat dilihat lebih berminat menjaga kepentingan kroni dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berbanding rakyat dalam isu air di Selangor sehingga masalah itu berlarutan tanpa penyelesaian.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara tersebut boleh diselesaikan cepat sekiranya Kerajaan Pusat mengutamakan rakyat dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri.

“Ia bukan isu politik tetapi isu rakyat. Kembalikan hak air kepada rakyat. Jangan diswastakan lagi, itu yang paling penting.

“Undang-undang bersetuju hak air boleh dikembalikan tetapi ada tiga pihak mesti bersetuju, Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan pemegang saham.

“Kerajaan Pusat tidak memihak kepada rakyat tetapi memihak kepada kroni. Kalau Kerajaan Pusat kata setuju ambil, esok kita boleh selesaikan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, penswastaan air dilakukan itu adalah satu kesilapan kerana diserahkan kepada syarikat yang tidak mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk mengendalikan operasi air.

Katanya, ini diakui sendiri oleh bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik dan menyarankan ia diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri.

“Ini jelas kita sudah melihat beberapa perkara termasuk penjagaan pam yang tidak dijaga dibiarkan saja rosak selama setahun, baru sekarang sibuk nak betulkan hinggakan (Datin Seri) Rosmah sendiri kena angkut air,” katanya.

Tiada ulasan: