Sabtu, 5 Januari 2013

Mahathir dan Anaknya Memonopoli Hasil Minyak Negara

 Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/PIC%20TAMRIN.jpgMantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Penasihat Petronas didakwa telah memonopoli hasil minyak negara dan memberikan projek serta konsesi penting Petronas kepada anak-anaknya.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam yang juga bekas ahli Umno selama 4 tahun, Datuk Tamrin Ghaffar berkata Mahathir telah memberikan konsesi carigali minyak bernilai berbilio ringgit tanpa tender kepada syarikat milik anaknya Mokhzani.

"Begitu juga dengan konsesi carigali minyak. Mahathir beri kepada anaknya, Mokhzani melalui syarikat Kencana dan Sapura, Dato' Shahril Shamsuddin. Sekarang ini, kedua-dua syarikat itu bergabung.

"Persoalannya, mengapa tidak ditenderkan? Bercakap tentang bilion-billion ringgit. Macam mana boleh beri begitu sahaja,"ujar Datuk Tamrin.

Beliau menambah, sebagai penasihat kepada konglomerat minyak negara itu adalah mustahil Mahathir tidak tahu menahu tentang pemberian tender tersebut.

Menurutnya, bekas Presiden Umno itu juga banyak terlibat dengan isu-isu penyelewengan kuasa semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/b_02mokhzani.jpg"Mustahil Mahathir tak tahu. Mahathir akan beri alasan dia hanya penasihat. Itu helah dia. Negara ini bukan milik dia hingga boleh buat apa saja, Mahathir juga banyak isu penyelewengan kuasa,"jelasnya dalam satu wawancara dengan pihak media.

Menurut Datuk Tamrin lagi, kekayaan anak Mahathir, Mirzan yang membeli saham Sam Miguel bernilai RM3 bilion, sebuah syarikat arak yang terbesar di Filipina, ada kaitan dengan urusniaga membekalkan petrol kepada kapal-kapalterbang Malaysian Airline System (MAS).

Beliau berkata, Mahathir sebagai Penasihat Petronas, sepatutnya menentukan Petronas membekalkan petrol kepada kapal terbang MAS diteruskan.

Namun begitu, keutamaan kepada syarikat petroliam nasional itu telah diabaikan dan kontrek mmbekalkan petrol tersebut diberikan kepada Exxon-Mobil.

"Sekarang, anaknya pula yang menguasai 19.9 peratus saham dalam Sam Miguel sebuah syarikat arak yang terbesar di Filipina. Nilai harga yang Mirzan beli ialah RM3 bilion.

"Katakanlah, bank beri 80 peratus pinjaman, jadi Mirzan perlu cari 20 peratus lagi daripada RM3 bilion iaitu RM600 juta. Mirzan cari duit tunai itu dari mana?

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/drm.jpg"Keuntungan daripada itulah diguna beli Exxon Mobil di Malaysia dan ditukar jadikan jenama Petron. Petron inilah yang dibenarkan membekalkan minyak kepada pesawat MAS.

"Sepatutnya tak boleh berlaku. Keutamaan patut diberi kepada Petronas. Apa guna Mahathir ada di situ (sebagai Penasihat Petronas)?,"soal Tamrin.

Mahathir juga, menurutnya menjadikan negara ini seolah-olah miliknya sehingga menyalahgunakan duit rakyat sebanyak RM3 bilion untuk menyelamatkan perniagaan Mirzan.

"Tahun 1990-an, Mahathir salahguna duit rakyat. Sebanyak RM3 bilion digunakan untuk menyelamatkan (bail-out) bisnes anaknya, Mirzan apabila kerajaan membeli syarikat konsesi perkapalan yang dikuasai oleh Mirzan.

"Masa itu Mirzan hampir nak bankrap. Rugi banyak. Mahathir gunakan duit kerajaan yang juga duit rakyat untuk menyelamatkan bisnes anaknya,"tegas Datuk Tamrin.

Tiada ulasan: