Rabu, 16 Januari 2013

Loji rawatan Sungai Semenyih kembali beroperasi seperti biasa

THE MALAYSIAN INSIDER

1. Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihentikan tugas sepenuhnya pada 14 Januari 2013, jam 1.30 petang setelah operator loji mengesan terdapat bau minyak yang melebihi parameter yang dibenarkan.

2. Pam Air Mentah Loji Semenyih telah beroperasi semula pada jam 4.00 petang pada hari yang sama dan telah beroperasi seperti biasa pada jam 8.00 malam (14 Januari 2013).

3. Pada ketika ini, bekalan air terawat telah mula dibekalkan kepada SYABAS pada jumlah 554.52 juta liter sehari. Mengikut rekod, purata pengeluaran Loji Semenyih untuk bulan Januari 2013 adalah 670JLH, terdapat pengurangan pengeluaran sebanyak 116JLH.

4. Walaupun Loji Semenyih telah beroperasi seperti sedia kala, tetapi ia masih memerlukan masa untuk air terawat sampai kepada pengguna kerana sistem agihan air kepada pengguna adalah di bawah kawalan SYABAS sepenuhnya sebagai operator tunggal agihan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

5. Kawasan yang terjejas berikutan pemberhentian sementara operasi loji selama enam jam ini ialah Subang, Puchong dan Sri Kembangan. Bagaimanapun, gangguan ini dijangka tidak berpanjangan.

6. Pada 15 Januari 2013, Loji Semenyih telah mengeluarkan air bersih pada kadar 665 JLH hingga 670 JLH, walaupun mengikut reka bentuk hanya boleh mengeluarkan air pada jumlah 545 JLH.

7. Tindakan pencegahan yang segera dan berkesan oleh operator Loji Sungai Semenyih iaitu Konsortium Abbas Sdn Bhd dan semua pihak yang terlibat telah dapat mengatasi masalah gangguan bekalan air berpanjangan kepada pengguna.

8. Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor telah meminta SYABAS supaya memastikan rumah-rumah pam diselenggarakan secara berjadual bagi mengelakkan sebarang kejadian seperti yang menimpa Rumah Pam Wangsa Maju.

Tiada ulasan: