Sabtu, 12 Januari 2013

Live Himpunan Kebangkitan Rakyat

KL TODAY

Sila refresh PAGE ini untuk update. Klik SINI

4.00 PM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap. Mengucapkan syabas kepada penganjur. “Saya tak tahu kira jumlah ini, media lagi tak tahu kira.

3.45 PM:  Polis kata ada masalah teknikal bila menganggarkan 80,000 hadir ke HKR setakat jam 2 ptg tadi. Mereka menarik balik kenyataan itu dan akan maklumkan semula jumlah anggaran mereka.

3.30 PM: Lim Guan Eng memberikan ucapan.Sebelum itu,  Mohamad Sabu merangkap pengarah HKR berucap.Beliau turut melancarkan kutipan sumbangan.

3.25 PM: Dilaporkan seramai 100k hadir ke Stadium Merdeka sama ada berada di dalam atau di luar Stadium setakat ini. Objektif HKR dilaporkan berjaya di Kuala Lumpur

 

3.15 PM: Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said tampil membacakan puisi bertajuk ‘Di atas Padang Sejarah’.Hadirin sebelum itu membuat Mexican Wave selaras dengan lagu Ito

3.05 PM: Vokalis kumpulan Blues Gang, Ito tampil menyanyikan lagu bertajuk ‘Ubah Sekarang’.

 

2.58 PM: Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga dan bekas Menteri, Datuk Wilfred Bumburing memberikan ucapan.

2.56 PM: Pemimpin Pakatan iaitu Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang & Lim Guan Eng tiba di Stadium Merdeka untuk perhimpunan.

Tiada ulasan: