Sabtu, 26 Januari 2013

Lepas geram gantung motor pencuri

KL TODAY

 
Geram gagal menahan dua lelaki yang disyaki mencuri pisang di kebun penduduk Kampung Kesom Che Nordin, Manir, berhampiran Kuala Terengganu di sini, beberapa penduduk bertindak menggantung motosikal suspek bersama pisang yang dicuri di sebatang tiang telefon di kampung berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua penduduk terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan, tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta motosikal mereka.

Penduduk kampung yang berang menggantung motosikal dipercayai milik seorang suspek bersama pisang dicuri pada tiang telefon yang terletak 500 meter dari kebun berkenaan.

Seorang penduduk Mohd Saudi Deraman, 39, berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kebun jirannya diceroboh, dia bersama seorang rakan ke kawasan itu dan nampak dua lelaki berusia 30-an sedang memotong pisang.

“Dua lelaki itu terkejut dengan kehadiran kami melarikan diri. Bimbangkan keselamatan kerana mereka ada pisau, kami tidak mengejar mereka.

Tiada ulasan: