Rabu, 9 Januari 2013

HKR 12 Januari: Stadium Merdeka lulus

KL TODAY

 

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hari ini memaklumkan pihak Stadium Merdeka telah membenarkan penggunaan stadium itu untuk himpunan pada 12 Januari ini. 

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, surat tersebut diterimanya jam 2.30 petang tadi dan wakil jawatankuasa HKR akan bertemu dnegan pihak pengurusan stadium untuk perbincangan lanjut jam 10 pagi esok.

“Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada pihak Stadium Merdeka kerana membenarkan HKR diadakan di stadium.


“Kami akan hantar jawatankuasa untuk berunding dengan pihak pengurusan tentang penyelarasan dan peraturan ‘do and don’t  yang dikenakan oleh pihak stadium jam 10 pagi esok.

“Kami juga akan memaklumkan segera kepada Ketua Polis Negara untuk mendapatkan kerjasama seperti yang dijanjikan dan akan berjumpa dengan OCPD Dang Wangi,” kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAs, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau juga yakin HKR ini merupakan HKR terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dan berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram.

“Kita juga berhasrat menjadikan perhimpunan ini satu perhimpunan bersejarah dan aman, tenteram sebelum pilihan raya di mana Pakatan Rakyat akan mengambil alih negara melalui proses demokrasi.


“Himpunan satu juta rakyat ini menjadi signal kepada SPR, media, kerajaan dan lain-lain bahawa rakyat mahu pilihan raya yang aman dan tenteram,” katanya.

Sementara itu, pra himpunan akan diadakan pada malam sebelumnya di Taman Medan, Petaling Jaya dan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

“Pemuda Pakatan Rakyat akan diadakan di Taman Medan dan NGO akan berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman,” katanya.

Tiada ulasan: