Selasa, 8 Januari 2013

Himpunan 12 Jan: Pakatan gembira dengan jaminan polis




Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini gembira dengan jaminan polis untuk berperanan sebagai pemudahcara dalam pada perhimpunan pada 12 Januari di ibu negara.
NONE
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata Ismail dalam mesyuarat berkenaan turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai "detik bersejarah" selepas "belajar daripada kekurangan" yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.

"Tan Sri Ketua Polis Negara sebut peranan polis sebagai fasilitator. Hubungan polis dan wartawan pada perhimpunan itu, mereka akan menyediakan marsyal untuk memandu petugas media berdasarkan (peruntukan) seksyen Akta Perhimpunan Aman.

"Adalah menjadi tanggungjawab semua supaya tertib dan kami ingatkan mereka yang hadir datang dalam suasana mood festival, bagi membantu menjamin kelangsungan perhimpunan.

NONE"IGP mahu menjadi (perhimpunan ini) sebagai saat bersejarah, iaitu belajar daripada kekurangan yang terdahulu. Mereka berhasrat untuk memberi khidmat yang terbaik, untuk memastikan semua hak mengikut undang-undang dan perlu dihormati," kata Saifuddin.

Saifuddin berkata demikian selepas delegasi penganjur himpunan seramai 11 orang yang diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, bertemu dengan Ismail di Bukit Aman pada kira-kira jam 2.30 petang ini.

Tiada ulasan: