Isnin, 21 Januari 2013

Belanja Besar: Pasar Kedai Buluh Tak Selesai

 Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/umor%20190113.jpg 

MARANG - Bajet negeri Terengganu cukup besar dan jumlah wang yang dibelanjakan berjuta-juta ringgit, namun banyak masalah pembinaan bangunan dan kemudahan asas rakyat tidak diselesaikan dengan baik.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, kerajaan lebih banyak membelanjakan peruntukan untuk pembangunan yang tidak membawa manfaat berbanding peruntukan untuk rakyat.

"(sejak) daripada saya menjadi wakil rakyat tidak ada masalah kerana segala bantuan yang dibeikan kepada rakyat bukan milik Umno tetapi milik kerajaan, tapi rakyat melihat peruntukan yang diagihkan tidak adil sebagaimana yang sewajarnya,

"peruntukan yang besar untuk Mini Zoo Kijal, peruntukan yang besr untuk zon bebas cukai dan projek mega tetapi pada masa yang sama peruntuk yang tidak wajar (dan) sedikit, jika dibandingkan, untuk rakyat,"jelasnya. [Lihat Video Klip]
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program 'Amal Bersama Masyarakat' di Bukit Payong dekat sini pada Sabtu 19 Januari.

Bahkan katanya, peruntukan yang tidak wajar itu menyebabkan kemudahan Pasar Baru Kedai Buluh tidak boleh diselesaikan kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

"peruntukan yang besar, belanja yang berjuta dalam membina Pasar Kedai Buluh, tapi sehingga hari ini kerajaan (Umno-BN) tidak mampu untuk menyeleakan (masalah kemudahan) yang dihadapi,"tegasnya.

Pihak media pernah melaporkan pasar tersebut cantik di bahagian luar tetapi terdapat pelbagai kerosakan berlaku di dalam bangunan.

Ataranya terdapat keretakan pada bahagian tepi bangunan, sistem aliran air longkang yang tidak berfungsi dengan sempurna, sehingga menyebabkan saluran terbabit tersumbat dan berbau busuk.

Atap bangunan pasar baru itu turut dilaporkan mengalami kebocoran, serta tiada kemudahan air disediakan di dalam tandas pasar itu menyebabkan keadaan persekitaran menjadi busuk sehingga memberikan kesan buruk kepada peniaga.

Masalah itu telah berkali-kali dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab, namun masih belum ada sebarang tindakan bagi menanganinya.

Oleh itu, Ustaz Mohd Nor berkata, sekiranya PAS diberi mandat untuk kembali memerintah negeri Terengganu, beliau akan memberi keutamaan bagi membaik pulih segala masalah tersebut.

Tiada ulasan: