Jumaat, 18 Januari 2013

Bekas pegawai JPN pertahan beri IC kepada pendatang tanpa dokumen


KOTA KINABALU— Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mempertahankan tindakannya memberi kad pengenalan biru kepada pendatang tanpa dokumen, menegaskan penduduk di pendalaman turut tidak mempunyai dokumen.

Bekas pengarah JPN Sabah Datuk Abdul Rauf Sani memberi tahu inkuiri Suruhanjaya Di Raja berkenaan pendatang haram hari ini bahawa kebanyakannya yang tinggal di kawasan pendalaman Sabah seperti Kampung Buaian, Terian dan Ulu Pensiangan tidak mempunyai surat beranak.

“Status mereka seperti pendatang,” kata Rauf kepada RCI hari ini.

“Apa bezanya mereka dan pendatang haram? Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen,” tambahnya.

Rauf yang sekarang ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Totalisator, syarikat milik kementerian kewangan yang meningkatkan lumba kuda, menegaskan pegawai-pegawai JPN beliau pada ketika itu menandatangani beribu-ribu kad pengenalan biru pada tahun 1990 bagi orang-orang “berkelayakan”, bukan hanya pendatang

“Mengeluarkan dokumen kepada orang tanpa dokumen sokongan adalah satu kesalahan,” kata pegawai bertugas Datuk Azmi Ariffin kepada RCI hari ini.

“Itu betul. Tetapi ini termasuk orang kampung… jadi mereka juga harus dipanggil pendatang juga,” jawab Rauf.

Rauf walau bagaimanapun, mengakui kad pengenalan biru juga dikeluarkan untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah.

Beliau mengatakan beliau sedar pendatang di Sabah diajar tentang begaimana untuk mengundi dalam pilihan raya, jika tidak kad pengenalan mereka akan dibatalkan.

Pilihan raya negeri Sabah 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Akan tetapi tidak lama selepas itu beberapa ahli dewan undangan negeri PBS menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

Rauf yang merupakan pengarah JPN Sabah dari 1990 hingga 1992, menambah beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1996 kerana didakwa menjual kad pengenalan kepada pendatang.

Bekas penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil memberi keterangan semalam bahawa 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah pada tahun 1993.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui “Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan “Projek IC” semalam.

Pengarah negara Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) bagi Malaysia Paul Allan Vernon memuji kerajaan Malaysia hari ini kerana kerakyatan kepada pelarian.

“Status undang-undang adalah penting. Orang (hidup) di negara ini dalam masa yang lama perlu bergerak untuk (menjadi) warganegara,” kata Vernon pada RCI hari ini.

Beliau menambah bahawa memberi kerakyatan kepada pelarian adalah amalan yang baik.

Vernon, yang merupakan seorang rakyat Amerika Syarikat, berkata kini terdapat kira-kira 60,000 pelarian di Sabah, yang kebanyakannya orang Islam Filipina.

Beliau menegaskan orang Islam Filipina yang telah tinggal di Sabah selama tiga dekad mempunyai hubungan kekeluargaan yang lemah di Mindanao.

“(Mereka itu adalah) baik untuk integrasi tempatan,” katanya, sambil menambah bahawa usaha bersepadu perlu untuk menyelesaikan isu kanak-kanak jalanan.

“Kita lihat dari masa ke semasa dan sekali lagi terdapat risiko yang sangat serius dengan kanak-kanak. Jika kanak-kanak itu tidak betul berpendidikan, kanak-kanak akan menghadapi kesukaran menjadi celik huruf,” katanya.

Inkuiri dihadapan bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan bersambung esok.

Tiada ulasan: