Selasa, 1 Januari 2013

Banjir Gelombang Kedua Lebih 'Ganas'?

 Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/Masjid%20Jabi%20mula%20dinaiki%20air.jpgKUALA TERENGGANU - Hujan yang berterusan sejak jam 3 petang tadi Isnin 31 Disember, 2012, berbetulan dengan amaran hujan lebat (Peringkat Jingga) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, pada 9.30 pagi pada 31 Disember 2012.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim yang dihubungi pada jam 6.30 petang, Pekan dan beberapa kawasan dalam DUN Jabi telah mula dinaiki air.

"(banjir lebih) besar dari hok (gelombang) pertama,"ujarnya melalui pesanan ringkas kepada Buletinonline.

Menurutnya, air melempah dan hampir memasuki masjid Jabi dan mencecah ke anak tangga pejabat Majlis Tindakan DUN Jabi.

Statistik mangsa banjir yang dikeluarkan kemaskini pada 1.14 pagi 1 Januari 2013, menunjukkan petambahan seramai 300 orang dari jumlah pada jam 6 petang 31 Disember 2012.

Jumlah terbaru adalah 1, 144 orang berbanding kira-kira 800 orang pada petang semalam.

Pertambahan itu adaah akibat perpindahan baru setelah air naik dibeberapa kawasan terutamanya di kawasan Besut termasuk Jabi, menokok sehingga 569 orang yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan dari 153 keluarga.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya pada jam 6 petang telah mengeleluarkan senarai jalan-jalan yang telah ditutup akibat banjir, seperti dibawah;

HULU TERENGGANU:


1. Jln utama masuk ke Felda Mengkawang/Tersat (Kg Lubuk Periuk)- paras air 2.0 Meter : ditutup kpd semua kenderaan.

2. Jln utama masuk ke Felda Mengkawang/Tersat (Kg Peneh)- paras air 0.8Meter : ditutup kpd semua kenderaan.

3. Jln Bukit Diman/Pengkalan Ajal/Simpang Felda Tersat (Pengkalan Ajal)- paras air 1.2 Meter : ditutup kpd semua kenderaan.

DUNGUN:

1. Jln Jerangau - Jabor (Hadapan JPJ Bukit Besi)- paras air 0.2 Meter : Air Melimpah.

KEMAMAN:
1. Jln Teladas (Jambatan Teladas)- paras air 0.6 Meter : Ditutup kpd semua kenderaan.

Tiada ulasan: